Monday, October 17, 2011

Adakah Abu Thalib Seorang Mukmin?

24 April 2010
Adakah Abu Thalib Seorang Mukmin?
Petikan Utusan Malaysia 21 April 2010.

TIADA niat untuk mempolemikkan status agama bapa saudara Nabi Muhamad SAW, Abu Talib bin Abdul Mutallib yang dikatakan meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman kepada Allah.

Tetapi ada pihak yang masih bertanyakan mengenai 'kelainan' kisah-kisah sebenar di sebalik kematian Abu Talib itu.

Ini memerlukan untuk kita melanjutkan kisah itu dari tulisan al Mubarakfuri dalam bukunya Sirah Nabawiyyah mengenai peristiwa sejurus bapa saudara baginda itu meninggal dunia.

Rasulullah SAW mungkin begitu kesal dengan kematian bapa saudaranya itu. Namun yang baginda kesalkan adalah apabila sehingga di saat kematian bapa saudaranya itu pun, Abu Jahal masih tidak berputus asa menghalang penyebaran Islam.

Walau bagaimanapun baginda menerima ketentuan yang seperti ini dan lalu berkata: "Akanku pohonkan keampunan (dari Allah) untuk mu wahai bapa saudaraku selagi aku tidak dilarang berbuat demikian".

Lalu Allah turunkan ayat surah at-Taubah, ayat 113 bagi menjawab persoalan mengenai kematian Abu Talib itu.

Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka.

Begitu juga firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). (al-Qasas: 56)

Kata al Mubarakfuri, kita tidak perlu menghuraikan tentang perlindungan dan pengawalan yang selama ini diberikan oleh Abu Talib (kepada Rasulullah).

"Dia adalah kubu yang teguh memelihara dan dakwah Islamiah daripada serangan-serangan orang yang takbur dan bodoh.

"Sayangnya dia tetap berpegang kepada agama nenek moyangnya. Justeru dia tidak mendapat kejayaan yang sebenar," katanya.

Dalam hadis-hadis riwayat Al Abbas bin Abdul Mutalib, bahawa dia pernah bertanya kepada anak saudaranya, baginda Rasulullah mengenai kematian Abu Talib itu.

"Apakah engkau tidak dapat menolong bapa saudaramu sedangkan dia melindungi kamu dan marah demi keranamu," tanya Al-Abbas.

Lalu baginda menjawab: "Abu Talib berada dalam tempat yang paling cetek di neraka (hukuman paling ringan). Kalaulah tidak kerana aku, nescaya dia berada di lapisan terbawah dari neraka".

Sementara seperti yang diriwayatkan oleh Abu Said Al Khudriy, bahawa Al Abbas pernah mendengar baginda bersabda (mengenai nasib Abu Talib): "Boleh jadi ada gunanya syafaatku kepadanya pada hari kiamat kelak, di mana dia akan diletakkan dalam tempat yang cetek dari neraka sehingga sampai ke buku lalinya".

Sementara dalam bukunya, Fiqh Al-Harakah - Dari Sirah Nabawiyyah (Dewan Pustaka Fajar, 1992) Abdul Hadi Awang pula menulis bahawa menurut pendapat mazhab syiah dan beberapa orang di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa Abu Talib telah menganut Islam berdasarkan beberapa riwayat yang membuktikan bahawa bapa saudara Nabi itu bukanlah meninggal dunia dalam keadaan musyrik.

Bahawa Al Abbas (r.a) telah mendengar Abu Talib pernah berkata: "Sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa agama yang dibawa oleh Muhammad adalah agama yang paling baik (min khaira adyani) di kalangan agama-agama yang dianut oleh makhluk ini".

Mereka mempertahankan bahawa Abu Talib telah menerima Islam dengan mengemukakan beberapa alasan yang lain:

1) Abu Talib mengambil sikap mempertahankan Islam, mempertahankan Rasulullah dan mempertahankan mereka yang menganut Islam di samping keluarnya ucapan dari mulutnya yang menunjukkan betapa kasihnya kepada nabi dan para sahabatnya.

2) Abu Talib menyanjung tinggi segala tuntutan Nabi kepadanya. Tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa beliau pernah memuja (menyembah) berhala.

3) Diriwayatkan dari Al Abbas bahawa Abu Talib pernah mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun para ulama hadis menolak riwayat ini hanya kerana Al Abbas pada masa itu belum lagi memeluk Islam.

Namun bagi mereka yang dapat menerima riwayat dari Al Abbas ini, cuba mempertahankannya dengan bertanya: "Adakah berani kita mengatakan Al Abbas, iaitu salah seorang lagi bapa saudara kesayangan dan dikasihi Nabi itu adalah seorang yang pembohong?"

Hadi Awang kemudiannya menukilkan pendapat Al Syaikh Muhammad Abu Zahrah (r.a) yang menegaskan: "Bahawa aku berpendapat Abu Talib bukanlah seorang Musyrik. Ini kerana mereka yang musyrik itu menyembah berhala. Sedangkan amalan Abu Talib dan termasuk juga kata-kata dan pendiriannya menunjukkan bahawa beliau berpendapat menyembah berhala itu suatu kebatilan. Oleh itu aku lebih cenderung beristighfar untuknya".

ADA sesetengah pendapat lain mengatakan bahawa Abu Talib adalah seorang Muslim apabila jenazahnya disempurnakan cara Islam.

Dikatakan setelah kering air mata baginda ekoran kesedihan atas kematian bapa saudaranya itu, dengan suara pilu lalu baginda menyuruh anak Abu Talib, iaitu Saidina Ali untuk menguruskan jenazah.

"Mandikanlah, kafanilah dan kuburkanlah! Semoga Allah mengampuni dan merahmatinya," kata baginda.

Dalam hal ini jika Rasulullah menyuruh Ali agar memandikan ayahnya bermakna hanya jenazah mereka yang Muslim sahaja layak diuruskan dengan cara itu.

Pada hal, Islam tidak membolehkan orang Islam memandikan (jenazah) orang kafir mahupun menguruskan jenazah orang kafir secara Islam.

Lalu sebagai seorang yang begitu mempunyai makna dan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan Nabi Muhammad, apakah hakikat sebenar mengenai status agama Abu Talib ini?

Namun yang jelas, pemergian Abu Talib sangat meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada diri Rasulullah.

Sehingga dalam nada yang sebak baginda berkata: "Orang-orang Quraisy tidak pernah meninggalkan sesuatu yang tidak disukai sedikitpun kepadaku sehinggalah Abu Talib meninggal (dunia)."

Yang jelas, Abu Talib tidak sekadar tokoh besar yang sangat dihormati dan dimuliakan oleh lawan dan kawan terutama di kalangan para pembesar Mekah.

Namun beliau merupakan tokoh yang tidak sekadar memberi perlindungan kepada seorang Rasul mahupun sekadar bapa saudara yang membesarkan anak saudaranya tetapi yang jelas tanpanya, Islam itu sendiri sukar untuk disebarkan.

Tiga hari kemudian iaitu selepas kematian bapa saudara kesayangan, baginda bagaikan jatuh bertimpa-timpa. Kali ini isteri kesayangan baginda, Saidatina Siti Khadijah pula menurut jejak Abu Talib.

Siti Khadijah meninggal dunia di saat baginda sedang mencari kekuatan baru selepas kematian Abu Talib.

Khadijah wafat pada tanggal 10 atau 11 Ramadan tahun ke 10 kenabian dan dimakamkan di Pemakaman Ma'la di sebuah kawasan bernama Hujun.

Rasulullah tidak melakukan solat jenazah terhadap jenazah isterinya itu kerana pada saat itu perintah untuk solat jenazah belum disyariatkan.

Namun baginda sendiri turun ke dalam makam untuk menguruskan persemadian terakhir Khadijah. Baginda juga menimbunkan tanah pada makam Khadijah.

Pada tahun 950 H, sebuah bangunan berkubah didirikan di atas makam Khadijah yang kemudiannya dibaik pulih semula pada tahun 1298H.

Namun pada hari ini, semua itu tiada lagi. Kubah dan bangunan itu telah dirobohkan.

Sumber
di sini.

Posted by Dr Faisal Tehrani at 12:30 AM http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif
9 comments:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUP8eTS5nFoV8FNcnOOc0qVfaDj0ENbw1LCP4YG8CweijSDAm79THUw8Bp9sY6_-O_twOYmFBpgRMZwYlCyp6n4yD4leM4zkBI6Xm2iBh1i9ar0zyfL4zv9sqTocOhPIaBbDLG7BNbcd4/s45/MOHD+NAIMUL+FIRDAUS.jpg
Hamba Ilahi said...
adakah saya perlu jawab soalan ini?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3UDgiZAlpirvtT4UaIlL42hQQfMwRPGwIPoOKDJHtif671Ym1-lWTppjSebax6c6CNJ6ku4u8Ny4yK_-w3fNgxmENokLmudNLwgtJ6pPnLtgo6O-YJJJ0fUjl2p_tQbxcxW4k5-hzdfs/s45/Assyirazi.jpg
Ya, beliau seorang Muslim..cuma perbahasan terhadap keislamannya sangat luas serta akan turut menyentuh aspek periwayatan hadith dari Bukhari serta beberapa Asbabunnuzul ayat Quran.

Ini menurut Abdullah Al Khazini dalam karangannya, Abu Thalib Mukmin Quraisy : Paman (bapa saudara), sekali gus Pengasuh, Pelindung dan Pembela Rasulullah SAW (Darul Fikir, 1978.

p/s : pada pengamatan saya, saudara FT sendiri mungkin sudah baca banyak sumber berkenaan hal ini.


Wallahu'alam..
http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif
Mohd Safwan said...
Mana mungkin Abu Talib 'dicop' sebagai kufur.. Dialah yang menjaga, membela dan melindungi Nabi Muhammad SAW dalam meyampaikan dakwahnya. Kita bisa menerima hakikat Abu Sufyan dan isterinya menerima Islam juga pada akhirnya..padahal kehidupannya sebelum Islam sering memusuhi & memberi tekanan kepada Nabi..

Adalah sangat tidak adil & tidak molek menghukum Abu Talib seorang yang kufur..baca, kaji & telusurilah sejarah..wallahu 'alam.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsOdEktakKoUtokOgF4tEMxPlu1xroNa7LHLhiq4zloVBd_gzNBZet087vpOHLX2dIG4ZBP4qGtALOLPjoYMtEDM-lF09uo-s4IkLt3Shi2qLvYjiJSfsz3vrEM3vkc6ylugLmguGyPL4/s45/Alpha+gau+1.jpg
Salam, setahu saya isteri Abu Thalib ialah Aminah binti Asad bin Hashim bin Abdul Manaf, seorang muslimah yang berketurunan Nabi Ibrahim A.S. yang mengikut syariat Nabi Ibrahim sebelum Nabi Muhammad diutuskan.
http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif
akabas said...
Seingatnya, golongan syiah imamiyah berpegang kepada Abu Thalib seorg muslim dan berhujah bahawa beliau didalam agama Nabi Ibrahim, sama seperti didakwa bahawa ayahnya (datuk Nabi s.a.w.) Abdul Muthalib juga beragama hanif. waalahu'allam.
http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif
Salam,

Walau apapun hujah dan pendapat manusia, ini bukanlah sandaran kita utk membenarkan sesuatu isu yang samar-samar.

Dalil al-Quran akan lebih diutamakan berbanding pendapat manusia. Jelas bahawa asbab an-nuzul ayat tersebut adalah bersempena kewafatan Abu Talib yang kita semua cintai meskipun ia kufur.

Melainkan Syiah yang gemar mencari hujah di atas kesamaran hanya kerana Abu Talib itu adalah ayahanda kepada Saidina Ali Karamallahu Wajhah. Walhal al-Quran itu lebih perlu diutamakan berbanding kata-kata manusia yang sentiasa terbuka kepada kesalahan...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjppEBXNp96if7VjfAfCgXB_U43JvAp0CAa0AaFZKtXtifdk_lZfmj1KbSGqaUZ-IHIupzDKtMfykb5JmXEA2pCOYIQVneo0HfTxAwPEiQpG6tesdL06oRyI1tVh_feZD0o2B_SMFbUXOc2/s45/DSC_0169.jpg
fazdly
sila buka lebih banyak kitab tafsir untuk membaca mengenai asbabun nuzul ayat yang sdr sebutkan. terima kasih. dakwaan abu thalib bukan seorang mukmin adalah rekayasa politik dari pembenci ahlul bait iaitu dari kem bani umayyah yang menggunakan mimbar masjid untuk tujuan politik.adalah politik hari ini tidak jauh bezanya dengan politik silam sebaik sahaja Rasulullah saw wafat.sekian terima kasih.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtHSEiDfXC2_LRb7r085JeP9i2jadlzUPfoynchwNYLud4c7xZZH6F5BBJy-3IhUPULarsoUGZtldEscMKbNYc7K3j0RWeWqwxFGTg-1ZcgQZUTiKLcpsn-Ysf0MgeYJyYVCsSseOlND0/s45/100_2179.JPG
Any@_Violet said...
Salam..

saya suka kata2 FT,

"adalah politik hari ini tidak jauh bezanya dengan politik silam sebaik sahaja Rasulullah saw wafat"

wallahualam....
http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif
assalamualaikum... pada saya ya.. samada beliau mati dalam islam atau agama hanif tidak jauh bezanya.kita tidak arif ttg hal-hal yg sebenar berlaku pada masa itu.besar kemungkinan abu thalib menyembunyikan keislamannya ttp tetap berpegang teguh kpd agama nabi ibrahim a.s. sdgkan agama islam itu sendiri sedang melalui proses melengkapkan kesinambungan dr ajaran2 agama nabi2 terdahulu! islam itu sendiri baru dinoktahkan pd haji wida' iaitu haji terakhir nabi yg terkandung dlm khutbah baginda yg terakhir.persolan dari pengertian ayat al-quran tsbt perlu difahami betul2 ttg tujuan dan hakikat sebenarnya.samada ia berupa amaran,peringatan,nasihat,ancaman dan hikmah, semuanya perlu difahami.jgn mudah menuding tanpa membuat kajian dan perbandingan terlebih dahulu. na'u zubillahi min zalik!
Subscribe to: Post Comments (Atom)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQNg-dgS92aD2t5dy1fNHBxJuvGPtpkVPCoNHErsW7cyk-X-3kid2ASMoL8rmikgNXwAESwYzs_jAdn_ZevpIWt-rSUsbBIubbZR5TJy1r67xkwlc000SVykogaZ79mtbUXF8CGfeKfOU/s220/181110+03.JPG

29 January 2010
Selawat Ke Atas Rasulullah Perintah Wajib
Sumber Utusan Malaysia bertarikh 29 Januari 2010.
SOALAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKtCQ5QluUAu6eGp8R7ZrxMkdzS26tIYGhFwZ7GmLIgPts4zcdXGMEoao6KmPfEBalHCQR2cjd-LeClC-lFy8Rz-4xALaIhjKaQ4roCOmNzFz5tkFKk-LxbbAz_CcGlZQUVbRMjjtyHlsk/s320/selawat.gifKenapa kita ucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW sahaja, sedangkan Nabi-nabi dan Rasulul-rasul yang lain kita hanya ucapkan selamat sejahtera?
Jawapan
Selawat ke atas Nabi SAW adalah perintah wajib daripada Allah SWT. Selawat ke atas Nabi-nabi yang lain tidak diperintah, cuma adabnya apabila kita menyebut nama mana-mana Nabi atau Rasul adalah elok kalau diucapkan selamat atau sejahtera ('Alaihi al-Salam).
Manakala apabila kita mendengar orang menyebut Rasulullah atau apa-apa nama baginda hendaklah berselawat ke atas baginda (Sallallahu alaihi wa sallam). Bagi mereka yang tidak mengendahkan selawat ke atas baginda digolongkan dalam golongan yang bakhil dan rugi serta macam-macam ancaman lain.
Maka ada beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi SAW berbanding Nabi-Nabi yang lain.
1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.
2- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lian.
Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).
3- Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.
3- Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.
4- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.
5- Fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.





rated 5.0 by 10 people [?]

Posted by Dr Faisal Tehrani at 8:33 AM http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif
5 comments:
http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif
zahra said...
Salam.
Telah berkata Imam al-Shafei:

"Wahai ahli rumah Rasul! Mencintai kamu adalah fardu,
Yang Allah wajibkan di dalam wahyu-Nya yang suci,
Memberi kamu kehormatan yang besar terpuji,
Jika siapa tidak mengirimkan kesejahteraan ke atas kamu semua,
Ianya seakan dia tidak melakukan solat sama sekali."

Wassalam.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKgynm7n11UtW9n6t9dMz_nqYHH_fJyXr-hVeha355MhPPQM7zzCGDA3LbJMEFYtU1n7IHcg6h86l6ZfonFW2ydgEJ8e5Myb4bY392_cuuykIgDWFwh9r0oPX0zA_Bx4-H_LRa-mikcuXG/s45/KataHikmah_004.jpg
fahana_ann said...
salam,
kkdang terlupanya nak berselawat,,padahal tak sush mnapun...trima kasih atas ingatan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgweLTPNamra5OKOgNqHlNX58vrAl5pPo7lwDATz0eYUfCn6Zf3jdZ3BFghi9lS4uXULFDCH8u301VjU5E8rogv9eN7u7aqkAVaMWQowkolHh11cxnoLopXEYF3LBAR8pCd8DXgv6WieWQ/s45/04102009(026).jpg
Saiful Aqmal said...
Salam, FT.

Dalam banner blog anta, perkataan bertulisan Arab itu daripada bahasa Parsi ke? Apa maksudnya?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgd07G_eFwzxrcMbZerWlJIjPGfppDHuW3Kb21QomJ-ddk24KENb4MQEfyPPrMDrYJ13OpaJ9_m0c93m16wSOYFhOAuzlfX8lrm9j7yJlX2ryZ76vEWOprmP8guguDEV-beN_uDNtMfrS4/s45/friend+forever.bmp
R.Hareez said...
Salam,
Sekadar memanjangkan komen daripada seorang sahabat untuk renungan bersama :

Tahu belum tentu faham.
Faham belum tentu setuju.
Setuju pun kalanya bersyarat.
Syarat pulak banyak mengelak.

Sedikit tambahan daripada saya :
Berselawatpun adakalanya amat payah bagi segelintir daripada kita, apatah lagi menunaikan tuntutan selewat itu sendiri.
Mudah-mudahan kita akan menjadi umat Muhammad yang beroleh keuntungan dunia dan akhirat.

Wassalam.
http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif
Goldman said...
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.
Subscribe to: Post Comments (Atom)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQNg-dgS92aD2t5dy1fNHBxJuvGPtpkVPCoNHErsW7cyk-X-3kid2ASMoL8rmikgNXwAESwYzs_jAdn_ZevpIWt-rSUsbBIubbZR5TJy1r67xkwlc000SVykogaZ79mtbUXF8CGfeKfOU/s220/181110+03.JPG
Kata Ralph Emerson, 'Is it so bad, then to be understood? Pythagoras was misunderstood, and Socrates, and Jesus (nota saya: Rasulullah SAW), and Luther, and Copernicus, and Galileo, and Newton, and every pure and wise spirit that ever took flesh. To be great is to be misunderstood.'
http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png
Dr Faisal Tehrani
Beliau adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau menulis di majalah Dewan Sastera. Untuk menghubungi Dr Haji Mohd Faizal Musa, sila hubungi asistan: Luqman Hisyam Che Mazlan di chefhisyam@gmail.com.

Faisal Tehrani adalah lulusan
Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010).

Antara novel beliau yang telah diterbitkan, Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. 1515 oleh Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications. Rahsia Ummi diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Tunggu Teduh Dulu disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003. Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan Publications and Distributor (2007). Ia merupakan sequel kepada Detektif Indigo. Bedar Sukma Bisu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Ia memenangi Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel umum. Bedar Sukma Bisu turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007.Manikam Kalbu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Ia memenangi Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel remaja. Di sebuah majlis pada 22 Disember 2009, Manikam Kalbu dianugerahkan pula Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia kategori Buku Remaja Fiksyen Terbaik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Manikam Kalbu turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007. Tuhan Manusia oleh Ameen Publishing (2007). Novel kanak-kanak Nama Beta Sultan Alauddin (2007) terbitan Aberdeen World. Detektif Indigo Kembali (2008) terbitan Ameen Publishing. Ia merupakan sambungan kepada Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson. Ketupat Cinta di Harian Metro (sejak 13 Januari 2008-5 Ogos 2008) dan diterbitkan kembali oleh Ameen Publishing (2009) sebagai Ketupat Cinta Musim Pertama. Saasatul Ibaad terbitan Aberdeen World (2008). Bahlut terbitan Ameen Publishing (2010).

Dalam bidang drama, karya Faisal Tehrani ialah; Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97). Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia-DBP dan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001). MISI (1999-2000) telah ditaja oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk di bawa mengelilingi Malaysia, ia dipentaskan di Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang. TiVi ia adaptasi dari novelet Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dan diarahkan sendiri dalam tahun 2003 dan didanai di bawah program Teater Kecil oleh bahagian Sastera Kebangsaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Monsopiad dan lain-lain Cerita dipentaskan pada 5-7 Disember 2003 di Esplanade Singapura, didanai oleh National Art Council of Singapore. Monsopiad dan lain-lain Cerita dicalonkan untuk Anugerah Cameronian Award 2003 bagi kategori skrip drama Melayu terbaik. Bila Tuhan Berbicara (2007) terbitan Ameen Publishing. Karbala (2008) terbitan Aberdeen World. 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dipentaskan pada 25-29 Ogos 2008 di Auditorium Akademi Pengajian Islam UM dan disifatkan oleh majalah Pentas Jilid 3 Bilangan 4 terbitan Istana Budaya sebagai 'pementasan yang monumental'. Pada 13-16 Ogos 2009 bertempat di Wisma ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia), Faisal Tehrani kembali mengarah sebuah teater keagamaan dengan menampilkan Kopitiam Ghadir. Ia menampilkan "hiburan intelektual" dengan lagu-lagu nyanyian kumpulan nasyid 'Revolusi Pembudayaan Selawat'. KopitiamGhadir diulang pementasannya pada 1-4 Julai 2010.

Kumpulan cerpen Faisal pula ialah, kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997). Juga kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Safari Gilgit (1997), kumpulan cerpen Underground bersama Azman Husin dalam tahun 2000, kumpulan cerpen 'Lagi-Lagi Underground' dengan Saharil Hasril Sanin tahun 2002. kumpulan cerpen Perempuan Anggerik terbitan DBP pada tahun 2002, kumpulan cerpen ini disenarai pendekkan untuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003, kumpulan Cerpen Kekasih Sam Po Bo terbitan Aberdeen World (2006). Dalam tahun 2010 beliau menerbitkan kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu.

Dalam bidang puisi Faisal Tehrani muncul dengan kumpulan puisi beliau yang pertama iaitu Ingin Jadi Nasrallah pada tahun 2010. Ia diterbitkan oleh Ameen Publishing.

Buku panduan penulisan kreatif tulisan beliau ialah 'Karya Nan Indah' (Ameen Publishing 2007).

Mulai tahun 2008, Faisal Tehrani berjinak-jinak dalam dunia filem dengan karya beliau yang pertama 'Pelampau Anti Kebun Binatang'.

Prinsip penulisan beliau ialah - 'Saya menulis bukan sahaja untuk khayalak hari ini tetapi juga untuk khalayak esok'
http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZKyjRY2miKOBdS0k6PLNLSgVj4sEZD3AP7yXwZl7UZFpK4tdMRyAfQRPeC4_mwUGOx7ECYcYAj6qBPP2_KxsItXUO3nT0KV9qHdWCNZc_xTaKQsuE-JLyGLYDuMK_TtLKpgQNbvbmx8KG/s220/DSCN87140019.JPG
"Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing, sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini. Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. Mereka tidak bersikap apa-apa pun. Mereka hanya melulu. Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga." - Faisal Tehrani, Dewan Siswa April 2010.

CATATAN YM
ABC: Apakah kita sedang berfallacy?
Mr X: kenapa?
ABC: Argumentum Auctoritatis adalah sesat berpikir dimana nilai penalaran ditentukan oleh keahlian atau kewibawaan orang yang mengemukakannya. Jadi suatu gagasan diterima sebagai gagasan yang benar hanya karena gagasan tersebut dikemukakan oleh seorang yang sudah terkenal karena keahliannyaContoh: Saya meyakini bahwa pendapat ustaz itu benar karena ia seorang pendakwah terkenal.
ABC: Buku baru: telah tersedia: Judul : Abu Thalib, Mukmin Quraisy, Paman sekaligus Pengasuh, Pelindung dan Pembela Rasulullah SAW
ABC: Bagi dunia, mungkin Abu Thalib hanya seorang pribadi, namun bagi Muhammad, Abu Thalib bahkan lebih berarti dari dunia beserta isinya.
ABC: Mengapa orang seperti Abu Sufyan, yang demikian getol memusuhi Nabi saw dan akhirnya memeluk Islam secara terpaksa, telah dicatat sejarah sebagai seorang Muslim sejati?
ABC: Itu antara petikan dalam buku itu
ABC: Sementara Abu Thalib, paman Nabi, yang mengasuh, melindungi, dan membelanya dengan seluruh harta dan jiwa raganya, telah divonis sejarah sebagai seorang yang harus masuk neraka?

ABC: Justeru itu,
ABC: Ternyata sejarah sering memanipulasi pribadi-pribadi tulus dan mulia hanya untuk kepentingan sebuah hirarki yang sedang berkuasa. Abu Thalib adalah korban manipulasi sejarah yang di goreskan oleh pena-pena jahil dan kotor, yang tintanya dibayar oleh para penguasa yang bertendensi buruk terhadap Islam.
ABC: Selamat bercuti. Semoga berjumpa lagi. Jangan lupa "Iqra' bismi rabbikallahi holaq...."
ABC has signed out. (23/01/2009 5:45 PM)

KETURUNAN ALI SECARA FISIKAL.

Dari segi keturunan Ali secara fisikal, bukti yang jelas keturunan dia yang paling tinggi dan suci dari segi kedudukan dari sebelah bapa dan juga dipihak ibu. Kesemua mereka yang terdahulu sehingga ke Adam adalah penyembah tuhan yang satu Cahaya ini tidak pernah sampai kepada mana-mana tempat peranakan yang tidak suci. Tidak ada dari sahabat yang lain dapat mengatakan yang sedemikian. Jalinan keturunan Ali adalah seperti berikut: (1) Ali Bin (2) Abu Talib Bin (3) Abdu’l-Muttalib (4) Hashim (5) Abd-e-Manaf (6) Qusai (7) Kilab (8) Murra (9) Ka’b (10) Luwai (11) Ghalib (12) Fehr (13) Malik (14) Nazr (15) Kinana (16) Khazima (17) Madreka (18) Ilyas (19) Muzar (20) Nizar (21) Ma’d (22) Adnan (23) Awwad (24) Al-Yasa’ (25) Al-Hamis (26) Bunt (27) Sulayman (28) Haml (29) Qidar (30) Isma’il (31) Ibrahim Khalil-Ullah (32) Ta’rikh (33) Tahur (34) Sharu (35) Abraghu (36) Taligh (37) Abir (38) Shale’ (39) Arfakhad (40) Sam (41) Noah (42) Lumuk (43) Mutu Shalkh (44) Akhnukh (45) Yarad (46) Mahla’il (47) Qinan (48) Anush (49) Seth (50) Adam Abu’l-Bashir.

Melainkan nabi, tiada yang lain mempunyai keturunan yang begitu mulia.

AZAR BUKAN BAPA IBRAHIM.
Sheikh: Kamu telah katakan bahawa kesemua keturunan Ali adalah penyembah tuhan yang satu, saya fikir awak sudah salah. Sebahagian dari keturunannya adalah penyembah berhala. Sebagai contoh bapa Ibrahim Khalillulah, Azar, penyembah berhala. Al-Quran dengan jelas berkata: ‘Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar: Adakah kamu mengambil berhala sebagai tuhan? Sesungguhnya saya lihat kamu dan orang-orang kamu di dalam kesesatan yang nyata.’

Shirazi: Kamu hanya mengulangi apa orang yang terdahulu dari kamu telah katakan, walaupun kamu tahu bahawa pakar dari segi sains keturunan semuanya bersetuju bahawa bapa Ibrahim adalah Tarukh, bukannya Azar.

Sheikh: Tetapi itu adalah ijtihad [hujah berasaskan pertimbangan minda sendiri] berhadapan dengan kenyataan tuhan. Kamu mengemukakan pandangan pakar kaji keturunan di dalam menentang al-Quran, yang dengan jelas telah mengatakan bahawa bapa Ibrahim adalah Azar, penyembah berhala.

Shirazi: Saya tidak pernah berhujah menentang perundangan tuhan. Tujuan saya untuk mengetahui penterjemahan al-Quran yang sebenarnya. Untuk mencapai kepada maksud tujuan itu saya mencari petunjuk dari mereka yang sama dengan al-Quran sebagai punca petunjuk; ahli bayt nabi. Perkataan yang digunakan di dalam al-Quran mempunyai maksud umum, kerana di dalam pengertian umum walaupun bapa saudara dan saudara sebelah ibu juga dipanggil ‘bapa’.

Terdapat dua pandangan mengenai Azar. Pertama bahawa dia adalah bapa saudara Ibrahim dan kedua adalah, selain dari bapa saudara, setelah bapa Ibrahim, Tarukh, meninggal dunia dia telah mengahwini ibu Ibrahim. Maka Ibrahim biasa memanggilnya bapa, kerana dia telah menjadi suami kepada ibunya.

Sheikh: kita tidak boleh mengenepikan maksud al-Quran yang jelas, melainkan kita jumpa maksud yang lain di dalam al-Quran itu sendiri, yang menunjukkan dengan jelas bahawa bapa saudara atau suami ibu dipanggil juga ‘bapa’. Jika kamu gagal untuk membukti keterangan yang begitu [dan pastinya kamu akan gagal] maka kenyataan kamu tidak boleh diterima.

Shirazi: Terdapat ada ketika di dalam al-Quran dimana perkataan telah digunakan yang tujuan maksudnya adalah umum. Sebagai contoh, ayat 133 Surah 2, Baqara, dari al-Quran telah menyokong maksud saya. Ianya merakamkan soal jawab nabi Yaqub dengan anak-anaknya, pada saat kematiannya. Ianya berbunyi, 'Apabila dia berkata kepada anaknya: Siapa yang akan kamu patuhi selepas aku? Mereka berkata: Kami akan patuh kepada tuhan kamu dan tuhan bapa kamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, tuhan yang esa, dan kepada Dia kami menyerah.’ [2:133]

Di dalam ayat ini pembutian pada kenyataan saya adalah perkataan Ismail. Menurut al-Quran, bapa nabi Yaqub adalah Ishak dan Ismail adalah bapa saudaranya, tetapi, menurut amalan umum, dia biasa memanggilnya bapa. Oleh kerana anak Yaqub juga menurut amalan biasa, memanggil bapa saudara mereka bapa, maka mereka menggunakan perkataan yang sama ketika menjawab kepada bapanya. Tuhan menyampaikan soal jawab mereka seperti mana ianya berlaku. Begitu juga Ibrahim biasa memanggil bapa saudaranya dan juga suami ibunya ‘bapa’, walaupun, menurut bukti yang kukuh dari sejarah dan pakar keturunan, telah diakui sebagai fakta bahawa bapa Ibrahim bukan Azar tetapi Tarukh.

BAPA DAN IBU NABI BUKANLAH MUSYIRIK TETAPI MEREKA ADALAH YANG BERIMAN.
Bukti kedua pada fakta bahawa keturunan nabi bukanlah musyirik dan kafir adalah ayat 219 dari surah 26 as-Shu’ara yang berbunyi, ‘dan kamu berpusing semula dan berpusing semula diantara mereka yang sujudkan diri mereka kepada Allah.’ [26:219]
Mengenai maksud pengertian ayat suci ini Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, jilid II, dan banyak yang lain lagi dari ulama kamu, telah menyampaikan dari ibn Abbas, yang berkata: ‘Allah pindahkan benih kejadian nabi yang suci dari Adam kepada para nabi berikutnya, dari satu kepada yang lain, kesemuanya adalah yang beriman, sehingga dia dijadikan dari bapanya melalui pernikahan yang halal dan bukannya haram.’
Terdapat juga hadith yang diketahui ramai yang mana semua ulama kamu telah sebutkan. Bahkan Imam Thalabi, yang dikenali sebagai Imam hadith, menulis di dalam ulasannya dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, jilid II, disampaikan dari Ibn Abbas, bahawa nabi telah berkata, ‘Allah menhantar saya kedunia melalui Adam dan dipindahkan kepada Ibrahim. Dia terus memindahkan saya dari tempat peranakan yang mulia dan yang suci sehinggalah dia menjadikan saya dari bapa dan ibu saya, yang tidak pernah berjumpa secara haram.’
Di dalam hadith yang lain dia dikatakan telah berkata, ‘Allah tidak pernah mencampurkan kepada saya sebarang benih yang jahil.’

Di dalam bab yang sama Sulayman Balkhi menyampaikan dari Ibkaru’l-Afkar oleh Sheikh Salahu’d-din Bin Zainu’d-din Bin Ahmad yang di kenali sebagai Ibnu’s-Sala Halbi dan dari Sharh-e-Kibrit-e-Ahmar oleh Sheikh Abdu’l-Qadir telah menyampaikan dari Ala’u’d-Dowlat Semnani, hadith yang mendalam dari Jabir Ibn Abdullah bahawa nabi telah ditanya apa yang Allah jadikan dahulu [yang mula-mula]. Nabi menjawab soalan itu dengan khusus, yang mana saya tidak dapat mengatakannya pada ketika ini. Pada penghujung hadith itu nabi berkata: ‘Begitulah Allah berterusan memindahkan cahaya saya dari yang suci kepada yang suci sehingga dia meletakkan saya kepada bapa saya, Abdullah bin Abdul-Muttalib. Dari sana Dia membawa saya kepada tempat peranakan ibu saya, Amina. Kemudian Dia menjadikan saya hadir didunia ini dan menganugerahkan kepada saya gelaran Sayidul-Mursalin [ketua para rasul] dan Khatamu’n-Nabiyyin [penutup para nabi]

Kenyataan nabi bahawa dia berterusan dipindahkan dari yang suci kepada yang suci, membuktikan bahawa tiada dari datuknya yang terdahulu dari kalangan yang kafir. Menurut dari al-Quran yang mengatakan, ‘Sesungguhnya kafir adalah yang kotor.’ [9:28] setiap musyirik dan kafir adalah kotor. Dia mengatakan bahawa dia telah dipindahkan dari tempat peranakan yang suci ketempat peranakan yang suci, oleh kerana penyembah berhala kotor, maka tidak ada dari keturunannya yang menyembah berhala.
Di dalam bab yang sama dari Yanabiu’l-Mawadda satu hadith dari Ibn Abbas telah disampaikan melalui Kabir bahawa nabi berkata, ‘Saya tidak dilahir melalui cara perkahwinan yang tidak sah pada zaman jahiliah. Saya telah dilahirkan melalui cara islam dengan ada pernikahan.’
Tiidakkah kamu membaca syarahan 105 Nahjul-Balagha? Amirul-Mukminin berkata mengenai datuk-datuk nabi yang terdahulu, ‘Allah menyediakan untuk mereka [para nabi] tempat yang terbaik [tempat peranakan ibu mereka yang suci]. Dia memindahkan mereka dari tempat yang terhormat dan suci ketempat terhormat dan suci. Apabila bapa dari salah seorang mereka meninggal dunia anak dia mengambila alih dengan agama Allah, sehingga Allah maha besar menjadikan Muhammad nabi dan rasulNya. Maka Dia telah menjadikan punca kejadian nabi tempat yang paling tinggidan suci. Jalinan keturunan nabi termasuk mereka yang berkedudukan tinggi.’
Secara ringkas keturunan nabi, semenjak dari nabi Adam, kesemuanya adalah yang beriman dan menyembah tuhan yang Esa. Bolehlah dikatakan bahawa mereka dari ahli bayt nabi lebih mengetahui status kedudukan keluarga mereka dari orang lain.

DATUK-DATUK ALI YANG TERDAHULU SAMA BEBAS DARI KAFIR.
Apabila telah terbukti bahawa keturunan nabi adalah yang beriman dan penyembah tuhan yang satu, maka sama jugalah dengan keturunan Ali yang juga menyembah Allah. Saya telah buktikan melalui buku kamu bahawa Muhammad dan Ali adalah dari satu cahaya, dan selalu tinggal bersama di dalam tempat yang suci sehinggalah mereka dipisahkan di dalam tubuh Abdul-Muttalib. Setiap orang yang waras akan mengakui bahawa manusia yang terbilang personalitinya adalah penuntut kedudukan khalifa yang sebenar.


SALAH FAHAM MENGENAI KEIMANAN ABU TALIB DAN PENJELASANNYA.
Sheikh: Saya terima fakta bahawa Tarukh adalah bapa Ibrahim, dan kamu telah buktikan kesucian keturunan nabi. Tetapi tidak mungkin untuk mencari keterangan yang sedemikian di dalam kes Ali. Walaupun jika kita mengakui bahawa semua dari keturunannya sehingga Abdul-Muttalib adalah yang beriman, bapanya Abu Talib, pastinya telah meninggalkan dunia ini sebagai kafir.

Shirazi: Saya mengaku terdapat perbezaan pendapat diantara ummah mengenai keimanan Abu Talib. Tetapi kami hendak kaatakan, ‘Wahai Allah! Kutuklah sizalim pertama yang menunjukkan kekejaman kepada nabi dan kutuklah keturunannya. Semoga kutukan Allah diatas dia yang memalsukan hadith yang akhirnya Nasibi dan Khariji mula mengatakan bahawa Abu Talib meninggalkan dunia sebagai orang kafir.’
Ulama shia secara umum dan semua ahli keluarga nabi percaya di dalam keimanan Abu Talib. Juga ramai dari ilmuan dan ulama kamu yang berfikiran saksama, seperti Ibn Abi’l-Hadid, Jalalu’d-din Suyuti, Abu’l-Qasim Balkhi, Abu Ja’far Askafi, guru mereka dari golongan Mu’tazali, dan Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafi’I – semuanya bersetuju bahawa Abu Talib adalah muslim.

IJMA SHIA MENGENAI KEIMANAN ABU TALIB.
Shia yakin bahawa Abu Talib, semenjak dari mula lagi percaya kepada nabi Allah. Shia mengikuti ahli bayt yang suci, mengakui dengan satu kepercayaan ‘Abu Talib tidak pernah menyembah berhala; dia adalah salah seorang dari keturunan Ibrahim.’ Pandangan yang sama juga telah dinyatakan di dalam buku sahih ulama kamu.
Sebagai contoh, Ibn Athir berkata di dalam Jam’u’l-usul:, ‘Menurut dari ahli bayt, diantara semua bapa saudara nabi, hanya Hamza, Abbas dan Abu Talib menerima islam.

Persetujuan umum ahli bayt mengenai sesuatu maksud hendaklah dianggap muktamad. Hadith-e-Thalaqain dan hadith yang lain yang telah saya rujuk pada malam yang lalu dengan jelas membuktikan bahawa nabi telah membuat kenyataan yang jelas mengenai ma’sumnya keluarga baginda. Mereka adalah seiring dengan al-Quran dan satu dari Thaqalain [perkara yang berat] yang nabi telah tinggalkan sebagai punca petunjuk kebenaran untuk manusia. Adalah perlu bagi setiap muslim untuk patuh kepada mereka supaya mereka tidak akan tersesat.

Kedua, menurut dari kata-kata ‘Ahli sesabuah rumah lebih mengetahui mengenai ahli keluarga mereka,’ keluarga yang suci ini, lebih mengetahui mengenai keimanan datuk mereka dari Mughira bin Sha’ba, seorang Bani Umayya, Khariji dan Nasibi atau manusia jahil yang lainnya.

Adalah amat memeranjatkan bahawa ulama kamu tidak menerima kenyataan dari ahli bayt nabi, termasuk pemimpin bagi yang wara’, Amirul-Mukminin, yang mana keikhlasan dan kebenarannya telah diakui oleh Allah dan nabiNya. Kesemuanya mengatakan bahawa Abu Talib meninggal sebagai seorang yang beriman. Kamu tidak mempercayainya, tetapi kamu menerima perkataan dari seorang yang telah disahkan pendusta dan keji, Mughira, sebahagian Amawi, Khariji dan Nasibi.

Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, seorang dari ulama kamu yang terkenal, berkata di dalam Shahr-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 310: ‘Terdapat berbagai pendapat mengenai islamnya Abu Talib. Golongan Imamiya dan kebanyakkan dari Zaidiyya berkata bahawa dia meninggalkan dunia ini sebagai muslim. Selain dari semua ulama shia, sebahagian dari ulama kita yang utama, seperti Abu’l-Qasim Balkhi dan Abu Ja’far Askafi berpegang pada pendapat bahawa Abu Talib memeluk islam, tetapi dia tidak nyatakan kepercayaannya, supaya dia dapat memberikan sepenuh sokongan kepada nabi dan disebabkan oleh pengaruhnya, pihak penentang mungkin tidak menyekat usaha nabi.’

SALAH PENGERTIAN MENGENAI PEMALSUAN HADITH ZUHZAH DIPERJELASKAN.
Sheikh : Nampaknya kamu tidak tahu dengan ‘Hadith Zuhzah’ yang mengatakan, ‘Abu Talib di dalam api neraka’

Shirazi: Itu adalah hadith palsu yang direka pada masa Muawiya bin Abi Sufyan oleh musuh nabi. Kemudian Bani Umayya dan pengikutnya telah meneruskan usaha itu untuk memalsukan hadith menentang Ali Ibn Abi Talib dan menyebarkannya kepada manusia. Mereka tidak mahu menjadikan keimanan Abu Talib menjadi terserlah seperti Hamza dan juga Abbas. Pamalsu hadith Zuhzah adalah juga Mughira, seorang yang keji dan juga musuh Amirul-Mukminin.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 159-163; Mas’udi di dalam Muruju’z-Dhahab, dan ulama lain menulis bahawa Mughira telah melakukan penzinaan di Basra. Apabila saksi dibawakan kehadapan khalifa Umar, 3 dari mereka mengaku terhadapnya, tetapi yang keempat telah diajari untuk mengatakan sehingga kesaksiannya diragukan. Makanya yang 3 orang telah dijatuhkan hukuman dan Mughira telah dibebaskan.
Pengarang hadith itu adalah seorang penzina dan pemabuk, yang mana perundangan agama hampir dijatuhkan keatasnya. Dia telah menciptakan hadith itu kerana bencinya dia kepada Amirul-Mukminin dan untuk mengambil hati Muawiya. Kemudian Muawiya dan pengikutnya telah memperkukuhkan hadith palsu ini dengan pengakuan bahawa ‘Abu Talib di dalam neraka.’
Lebih-lebih lagi mereka yang ada kaitan dengan penyampaian hadith itu seperti Abdu’l-Malik Bin Umar, Abdu’l-Aziz Rawandi dan Sufyan Thawri, adalah penyampai yang lemah dan tidak boleh diterima. Fakta ini telah disahkan oleh ilmuan dan pengulas kamu yang mashur, Zahl, yang telah menyatakan di dalam bukunya Mizanu’l-I’tidal, jilid II. Jadi bagaimana sesaorang boleh bergantung kepada hadith yang sebegini, yang telah disampaikan oleh seorang yang terkenal pemalsu dan pemyampai yang lemah?

BUKTI TERHADAP IMAN ABU TALIB.
Terdapat banyak keterangan yang membuktikan keimanan Abu Talib.
[1] Nabi berkata di dalam hadith [cantuman dua jari], ‘Saya dan penyokong anak yatim bersama di dalam syurga seperti jari ini.’
Ibn Abi’l-Hadid juga menyampaikan hadith ini di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 312, di mana dia berkata bahawa adalah nyata kenyataan nabi tidak bermaksud semua penyokong anak yatim, oleh kerana kebanyakkan penyokong anak yatim adalah yang keji. Maka disini nabi maksudkan Abu Talib, dan datuknya yang mashur, Abdul-Muttalib, yang telah memelihara nabi. Nabi telah dikenali di Makah sebagai anak yatim Abu Talib kerana setelah kematian Abdul-Muttalib, nabi, dari usia 8 tahun telah dipelihara oleh Abu Talib.
[2] Terdapat hadith yang terkenal yang telah disampaikan oleh shia dan sunni dengan cara yang berlainan. Sebahagian dari mereka berkata bahawa nabi telah berkata: ‘Jibril datang kepada saya dan memberikan khabar gembira dengan perkataan begini, ‘Allah dengan pastinya telah kecualikan dari api neraka tempat peranakan dimana kamu telah dikeluarkan, tempuni yang menggandungi kamu, susuan yang menyusukan kamu dan peha yang memangku kamu.’ Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan Qazi Shukani di dalam Hadith-e-Qudsi telah mengatakan bahawa nabi berkata, ‘Jibril datang kepada saya dan berkata ‘Allah sampaikan salam kepada kamu dan berkata sesungguhnya Dia telah kecualikan dari api neraka tempat peranakkan yang melindungi kamu, tempuni yang menanggong berat kamu dan pangkuan yang menyokong kamu.’
Laporan tersebut dan juga hadith dengan jelas membuktikan keimanan penyokong nabi, terutama Abdul-Muttalib, Abu Talib dan isterinya Fatima bint Asad, dan juga bapa nabi, Abdullah, dan ibunya, Amina bint Wahhab, dan ibu susuannya, Halima.

SYAIR IBN ABIL-HADID PADA MEMUJI ABU TALIB.
[3] Ilmuan terkenal kamu, Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, mengubah syair yang berikut di dalam memuji Abu Talib. Mereka merakamkan di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 318, ‘Tanpa Abu Talib dan anaknya Ali ibn Abu Talib, islam tidak mempunyai kecemerlangan atau kekuatan. Abu Talib melindungi nabi di Makah serta menyokongnya, dan Ali pula di Madina. Abi Talib, dari arahan bapanya Abdul-Muttalib, terus menjaga nabi dan Ali serta menyempurnakan tugas tersebut.
Apabila Abu Talib meninggal dunia dengan kehendak Allah, ini tidak menyebabkan sebarang kerugian kerana dia telah tinggalkan Ali sebagai kenanggannya. Abu Talib telah memulakan perkhidmatan yang gemilang untuk Allah dan Ali telah menyempurnakannya kerana Allah.
Kemuliaan Abu Talib tidak dapat dirosakkan oleh kenyataan yang jahil dari seaorang, atau oleh mereka yang ingin melenyapkan kemuliaannya [musuhnya], ianya tidak ubah seperti sesaorang yang mengatakan hari siang yang terang benderang itu malam yang gelap gelita, dengan mengatakan gelap, tidak ada kesannya pada cahaya siang.’

SYAIR ABU TALIB MEMBUKTIKAN KEISLAMANNYA.
[4] Syair Abu Talib yang digubahnya sendiri pada memuji nabi adalah bukti yang nyata terhadap keimanannya. Sebahagian dari syair itu telah dirakamkan oleh Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 316. Lebih lagi ulama kamu seperti Sheikh Abu’l-Qasim Balkhi dan Abu Ja’far Askafi, telah menulisnya sebagai bukti untuk keimanan Abu Talib.
Abu Talib menulis, ‘Saya meminta pelindungan dari Allah, terhadap mereka yang membenci kami atau mengatakan yang buruk mengenai kami, dari mereka yang keji yang mencaci kami dan dari mereka yang mengaitkan perkara kepada agama yang kami telah jauhi.’
Saya bersumpah dengan rumah Allah bahawa dia berdusta yang mengatakan bahawa saya akan meninggalkan Muhammad, walaupun kami lagi memerangi musuhnya dengan pedang dan tombak.
Kami sesungguhnya akan menolong dia sehingga kami dapat menghancurkan musuhnya. Kami akan memberikan kepadanya pengorbanan yang akan melupakan kami kepada isteri dan anak-anak kami.
Cahaya dia adalah yang melalui kegemilangan cahaya wajahnya kami mendapat ribuan rahmat dari Allah.
Dia datang memberikan bantuan kepada yang yatim; dia adalah tempat perlindungan para janda. Yang tidak berkemampuan dari Bani Hashim datang kepadanya meminta bantuan dan telah dicurahi degan beberapa rahmat.
Saya bersumpah dengan diri saya bahawa saya mempunyai kecintaan yang amat kepada Ahmad. Saya cintakan dia seumpama sahabat yang lkhlas.
Saya dapati diri saya sesuai untuk dijadikan korban untuk dirinya, maka saya membantunya seolah dia adalah permata bagi manusia seluruh dunia, kutukan terhadap musuh dan rahmat bagi ummah.
Semuga yang menjadi alam ini menyokong dia dengan pertolonganNya dan juga agamaNya, yang mana adalah jalan Allah, dan tidak terdapat padanya amalan yang salah.’
Terdapat syair khas dari Abu Talib yang Ibn Abil-Hadid rakamkan di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid III, ms 312, dan yang lainnya, telah disampaikan sebagai bukti kepada kepercayaannya. Di dalam syair itu dia berkata, ‘Manusia itu mengharap kami untuk menentang islam dengan pedang dan tombak; mereka fikir kami akan membunuh Muhammad. Tetapi muka kami belum lagi diwarnakan darah dengan pertolongan mereka. Saya bersumpah dengan rumah Allah bahawa kamu telah mengatakan kepada ku pendustaan; semoga kamu ditimpa bencana. Hatim dan Zamzam mungkim diisi sehingga penuh dengan kepala terpotong. Kazaliman telah dilakukan kepada Muhammad, yang telah dihantar oleh Allah untuk memberi petunjuk kepada manusia. Dia telah diberkan kitab, yang telah diwahyukan oleh tuhan langit.’
Selain dari keterangan yang jelas, yang telah membuktikan iman Abu Talib, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 315, menyebutkan syair yang berikut: ‘Kamu menjadi saksi terdapa adanya Allah! Saksikanlah bahawa sesungguhnya saya mengikuti agama nabi Allah, bernama, Ahmad. Yang lain mungkin sesat di dalam agama mereka, tetapi saya adalah seorang yang mendapat petunjuk.’
Tuan-tuan berlaku adillah, dan katakan kepada kami jika penulis syair itu boleh dikatakan seorang yang kafir.

Shekh: Syair itu tidak boleh diterima atas dua sebab. Pertama, tidak ada rantaian berterusan mengenainya. Kedua, tidak terdapat dimana-mana yang boleh dilihat bahawa Abu Talib mengesahkan Islam. Menyampaikan beberapa syairnya tidak dapat dirumuskan sebagai bukti bahawa dia adalah Islam.

Shirazi: Bantahan kamu terhadap rantaian berterusan penyampai amatlah pelik. Bila mana kamu berhasrat, kamu menerima laporan solo sebagai boleh dipercayai dan jika kamu tidak berhajat, kamu menggunakan senjata kurangnya rantaian penyampai.
Jika kamu fikirkan sejenak, jika syair ini tidak disampaikan sacara berterusan oleh individu tertentu, walau pun begitu, tetapi jika ambil secara keseluruhan, ianya telah membuktikan bahawa Abu Talib percaya terhadap kerasulan nabi. Terdapat banyak perkara yang semacam ini dimana rantaian penyampainya ditentukan dengan cara yang sama seperti diatas. Sebagai contoh pertemporan Amirul-Mukminin dan juga contoh pada keberaniannya bergantung pada penyampai yang solo. Tetapi jika diambil secara keseluruhan, laporan itu membentuk satu rupa berterusan, yang telah dapat memberikan kepada kita pengetahuan yang diperlukan terhadap keberaniannya. Kemurahan Hatim dan keadilan Nushirwan telah diketahui dengan cara yang sama.
Oleh kerana kamu terlalu suka dengan rantaian berterusan penyampai, sila beritahu kami bagaimana kamu buktikan bahawa hadith Zuhza telah disampaikan dengan jayanya.

PENGESAHAN KEPERCAYAAN ABU TALIB KEPADA ALLAH PADA SAAT KEMATIANNYA.
Terhadap bantahan kamu kedua, jawapan saya amat mudah. Adakah perlu untuk menyatakan pengesahan sesaorang terhadap ke Esaan Allah, kerasulan nabi, hari kebangkitan dan seterusnya dalam bentuk prosa. Tetapi jika sesaorang menyatakan kepercayaannya dalam bentuk syair, tidakkah ianya mencukupi, ‘Kamu yang percaya kepada Allah, bersaksilah bahawa sesungguhnya saya mengikuti agama nabi Allah, Ahmad.’ Ia mempunyai kesan yang sama seperti dia telah katakan dalam bentuk prosa.
Selain itu, dia mengesahkan kepercayaannya pada saat kematian dalam bentuk prosa juga. Seyyed Muhammad Rasuli Bazranji, Hafiz Abu Nu’aim, dan Baihaqi telah menyampaikan bahawa sekumpulan ketua Quraish, termasuk Abu Jahl dan Abdullah bin Abi Umayya datang kepada Abu Talib apabila dia akan meninggal dunia. Pada ketika itu nabi berkata kepada bapa saudaranya Abu Talib, '‘Katakan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah,’ supaya saya boleh menjadi saksi dihadapan Allah.’ Dikala itu juga Abu Jahl dan Abi Umayya berkata, ‘Abu Talib! Adakah kamu akan berpaling dari kepercayaan Abdul-Muttalib?’ Mereka mengulangi kata-kata tersebut berulang kali sehingga Abu Talib berkata, ‘Kamu seharusnya mengetahui bahawa Abu Talib mengikuti kepercayaan Abdul-Muttalib.’ Keputusannya mereka semua pergi dengan merasa senang. Apabila tanda-tanda kematian kelihatan pada Abu Talib, sudaranya Abbas, yang sedang duduk pada penjuru katil, melihat bibirnya bergerak-gerak. Apabila dia cuba mendengarkan apa yang dikata Abu Talib, dia mendengar Abu Talib berkata, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah,’ Abbas berkata kepada nabi, ‘Anak saudaraku! Saya bersumpah dengan tuhan bahawa saudara saya Abu Talib telah mengatakan apa yang engkau arahkan supaya dia katakan.’ Oleh kerana Abbas pada masa itu belum memeluk islam, dia tidak menyebutkan kata-kata itu.
Kami telah buktikan pada mulanya bahawa keturunan nabi semuanya yang beriman di dalam ke Esaan Allah. Kamu harus tahu bahawa adalah mustahak untuk Abu Talib mengatakan dia mengikuti kepercayaan Abdul-Muttalib. Dia telah memuaskan orang-orang itu, dan yang sebenarnya dia mengesahkan kepercayaannya di dalam ke Esaan Allah kerana Abdul-Muttalib mengikuti kepercayaan nabi Ibrahim. Lebih-lebih lagi dia mengucapkan kata-kata ‘tidak ada tuhan melainkan Allah’ Jika kamu mempelajari fakta sejarah mengenai Abu Talib, kamu pasti akan mengakui bahawa dia adalah seorang yang beriman.

PERTUKARAN NABI BERSAMA DENGAN ABU TALIB PADA PENGISTIHARAN KERASULANNYA.
Pada hari pengistiharan kerasulannya, nabi bersama dengan bapa saudaranya Abbas pergi kepada Abu Talib dan berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya, Allah telah mengarah saya untuk menyampaikan perintahNya; sesungguhnya Dia telah menajadikan saya rasulNya; maka bagaimana kamu melayani saya?’
Abu Talib adalah pemimpin Bani Quraish, ketua Bani Hashim, dan manusia yang paling dihormati pada pandangan masyarakat penduduk Makah. Dia telah membesarkan nabi. Jika dia seorang yang kafir, pada ketika itu juga dia telah menentangnya. Dan jika dengan pembuktian itu tidak mencukupi; nabi yang telah datang kepada dia untuk meminta pertolongan di dalam menyebarkan kerasulannya, Abu Talib setelah melihat bahawa itu adalah bertentangan dengan agamanya, tentu telah memperingatkan nabi atau sekurang-kurangnya menghalau nabi keluar dari tempatnya. Penolakkan sedemikian tentu telah menghalang nabi dari tugasnya yang besar. Agama Abu Talib [jika dikatakan kafir] tentu telah terselamat, dan pasti dia mendapat kepujian dari sekutunya. Abu Talib boleh memarahi nabi sebagaimana Azar telah lakukan kepada anak saudaranya Ibrahim.

PENGISTIHARAN KERASULAN IBRAHIM DAN PERBUALANNYA DENGAN AZAR.
Di dalam al-Quran, Allah maha besar memberitahu bagaimana Ibraham Khalilu’r-Rahman telah ditinggikan sebagai nabi Allah. Dia berkata kepada bapa saudaranya, Azar, ‘Wahai bapaku! Sesungguhnya pengetahuan telah sampai kepada saya yang tidak sampai kepada kamu; maka ikutilah saya, saya akan memandu kamu kejalan yang benar,’ [19:43] ‘Dia berkata, ‘Engkau tidak suka tuhan aku, wahai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, Saya akan pasti memarahi kamu; tinggalkanlah aku untuk waktu yang lama.’ [19:46]

ABU TALIB MEMBERITAHU NABI SOKONGANNYA YANG PENUH DAN JUGA MEMBACAKAN SYAIR PADA MEMUJI ISLAM.
Tetapi sebaliknya, apabila nabi meminta pertolongan dia, Abu Talib berkata, ‘Wahai anak saudaraku! Teruskanlah dengan misi kamu. Sesungguhnya kamu adalah tinggi di dalam kedudukan, terkuat di dalam kaum dan yang paling suci di dalam jalinan keturunan keluarga. Saya bersumpah dengan Allah bahawa lidah yang mengatakan sesuatu yang buruk kepada kamu akan dijawab oleh saya dengan pedang yang tajam. Demi Allah, keseluruh kaum Arab akan berlutut dihadapan kamu, sebagaimana binatang berlutut dihadapan tuannya.
Lebih lagi dia mengubah ayat-ayat yang berikut, merujuk kepada misi nabi. Ini telah dirakamkan oleh Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid III, ms 306, dan Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira nya ms 5:-
Saya bersumpah dengan Allah bahawa manusia itu dengan pengikutnya tidak akan sampai kepada kamu, sehingga aku menghantar mereka semua kekuburannya.
Maka teruskanlah melaksanakan tugas kamu. Saya berikan khabar gembira mengenai kejayaan kamu. Sejukkanlah mata kamu dengannya.
Kamu telah memanggilku kepada agama mu. Aku percaya bahawa kamu telah memandu aku kejalan yang benar; kamu pastinya yang paling benar dan yang paling dipercayai.
Kamu telah membawa kepada kami agama yang aku tahu amat baik dari segala agama
Jika aku tidak takut pada ancaman dan tindakkan balasan, kamu akan dapati aku menyokong kamu dengan secara terangan.
Syair ini menunjukkan bahawa Abu Talib mengesahkan Muhammad sebagai rasul Allah. Terdapat banyak lagi syair sedemikian yang Ibn Abil-Hadid rakamkan di dalam sharh-nahjul-balagha dan ramai ulama yang lain telah tuliskan di dalam buku mereka.

ABU TALIB ADALAH PENYOKONG DAN PENJAGA NABI.
Kebanyakkan dari ulama kamu telah merakamkan fakta ini. Kamu boleh merujuk Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi’s Yanabiu’l-Mawadda, bab 52, yang mana dia menyampaikan dari Abu Uthman Amr Bin Bahr Jahiz bahawa, menulis mengenai Abu Talib, dia berkata, ‘Abu Talib adalah penyokong nabi dan rasul. Dia menulis banyak syair pada memuji nabi. Dia adalah pemimpin Quraish.’

Bukti yang nyata ini menunjukkan keilhlasan kepercayaan Abu Talib. Telah pasti Bani Umayya menggalakkan manusia mengutuk pemimpin bagi yang beriman, Amirul-Mukminin, dan juga cucu nabi, Hasan dan Husain. Mereka juga mengadakan hadith yang mengutuk Imam yang suci dan memalsukan laporan bahawa bapanya meninggal dunia sebagai seorang kafir. Pemberita itu adalah yang terkutuk Mughira bin Sha’ba, seorang yang memusuhi Ali dan bersahabat dengan Muawiya. Khariji dan Nasibi menyebarkan pandangan itu bahawa Abu Talib adalah seorang kafir. Orang awam telah dibawa kepada mempercayai bahawa itu adalah pandangan yang benar. Adalah amat pelik bahawa kamu menganggap Abu Sufyan, Muawiya dan Yazid [semoga kutukan Allah keatas mereka] orang yang beriman dan muslim, walaupun terdapat pertunjuk yang banyak pada yang sebaliknya. Dan bahkan mereka telah mengatakan Abu Talib kafir walaupun terdapat bukti yang nyata yang menunjukkan dia adalah yang kuat beriman.

















No comments:

Post a Comment