Tuesday, October 18, 2011

TAWASSUL - DIALOG DALAM PESHAWAR NIGHTS

HADITH-E-THAQALAIN.
Untuk menekankan pada maksud yang sama, Nabi berkata di dalam hadith yang dipersetujui oleh kedua-dua golongan: ‘Wahai manusia! Saya telah tinggalkan untuk kamu dua perkara yang hebat [bagi penguasa]: Kitab Allah dan ahli bayt ku. Jika kamu berpegang teguh kepada dua ini, niscaya kamu tidak akan menyimpang sesudah ku [kerana sesungguhnya kedua ini tidak akan berpisah sehingga mereka bertemu dengan ku dipancutan Kauthar]

Hafiz: Kami tidak percaya pada hadith itu, yang mana kamu cuba ketengahkan. Terdapat banyak perubahan di dalam buku-buku kamu dan banyak contoh bagi syirik, umpama meminta sesuatu dari para Imam yang sepatutnya diminta kepada Allah. Apa itu syirik? Syirik bererti memaling kepada sesaorang atau benda selain dari Allah untuk mendapatkan kepuasan atau keperluan. Telah dilihat bahawa shia tidak pernah meminta kepada Allah. MEREKA MEMINTA KEPADA IMAM. INI TIDAK LAIN HANYA SYIRIK.

Shirazi: Saya khuwatir kamu telah merobah fakta. Mungkin jika saya dibenarkan untuk menyatakan kepada kamu apakah syirik itu menurut pandangan para ulama Islam yang termashor dan menurut dari ayat-ayat suci al-Quran.

SYIRIK DAN JENIS-JENISNYA.
Syirik itu ada dua jenis: syirik zahir dan syirik bathin. Syirik zahir bererti mensekutukan sesaorang atau sesuatu dengan Allah yang Maha Sempurna atau dengan zatnya. Sekutukan dengan Allah bererti menyamakan sesuatu dengan keEsaanNya dan melafazkannya dengan lidah, seumpama Sanamiyya [penyembah berhala] atau Zoroastrian, yang mempercayai pada dua prinsip: cahaya dan kegelapan. Kristisn juga melakukan ini. Mereka mempercayai di dalam Trinity, tiga dalam satu, dan membahagi ketuhanan kepada tiga bahagian, bapa, anak, ruh suci. Mereka percaya pada kerekter-kerekter mereka yang berasingan bagi setiap satu, dan selagi ketiganya tidak bersatu, diri tuhan itu tidak akan sempurna. Al-Quran menolak kepercayaan ini, dan Allah yang Maha Berkuasa telah menyatakan keEsaanNya di dalam perkataan ini: ‘Sesungguhnya telah kafirlah yang berkata: Sesungguhnya Allah adalah yang tiga; tidak ada tuhan tetapi yang satu, Allah….’ [5:73]

Mengadakan sesuatu dengan zat ilahi bererti mempercayai bahawa zatNya, seperti juga ilmuNya atau kuasaNya adalah terbahagi dari atau sebagai tambahan kepada, Dirinya yang serba sempurna. Kumpulan Ashari dari Abul-Hasan Ali bin Ismail Ashari Basari, telah dinyatakan oleh ulama kamu yang terkemuka seperti Ali bin Ahmad di dalam bukunya ‘Al-Kashf’ dan ‘Minhajul-Adila fi Aqaidil-Milla [The Open Just Revelation of the Belief of Nation] ms 57, pada mempercayai bahawa zat Allah adalah sebagai tambahan kepada DiriNya yang sempurna, yang kekal. Maka sesiapa yang percaya bahawa sebarang kualiti atau zat DiriNya dalam apa jua pun sebagai tambahan pada DiriNya yang Maha Sempurna adalah syirik. Setiap zat diriNya adalah penting bagiNya. Syirik adalah tindakkan sesaorang yang bermaksud untuk menyamakan sesuatu dengan KemahuanNya yang tiada berkesudahan

Yahudi mempercayai bahawa Allah menjadikan makhluk, dan kemudian melepaskan DiriNya dari makhluk itu. Di dalam kutukan terhadap manusia seperti ini, ayat berikut telah diwahyukan: ‘Dan orang Yahudi telah berkata: ‘Tangan Allah telah terikat! Tangan merekalah yang dirantai dan mereka akan dikutuk terhadap apa yang mereka katakan. Tidak kedua tanganNya terbuka luas, Dia mengembangkannya sebagaimana yang Dia kehendakki…’ [5:64]

Ghalis atau Ghulat [pelampau] membentuk satu lagi kumpulan syirik. Mereka juga dipanggil Mufawwiza. Mereka percaya bahawa Allah telah mengagihkan kuasanya atau mengamanahkan segala urusan kepada Imam yang suci. Menurut mereka, para Imam adalah yang menjadikan, dan mereka juga memberi rezeki. Yang pastinya mereka yang mempercayai adanya sekutu bagi penguasaan Tuhan adalah syirik.

SYIRIK DI DALAM BERIBADAH.
Syirik di dalam beribadah bererti, dengan sengaja memalingkan arah perhatian di dalam beribadah kepada makhluk yang dijadikan selain dari Allah. Jika sesaorang bermaksud untuk berdoa [meminta] kepada makhluk yang dijadikan, itu adalah syirik, Al-Quran yang suci telah menghalangnya dengan kata-kata ini: ‘….sesiapa yang hasrat untuk menemui Tuhannya, dia hendaklah melakukan amalan yang baik, dan tidak mensekutu apa-apa dengan Tuhannya.’ [18:110] Ayat ini menunjukkan bahawa asas bagi keimanan adalah, manusia hendaklah melakukan apa sahaja yang baik dan tidak menyamakan apa-apa dengan Allah di dalam memberikan ketaatan dan beribadah kepadaNya. Di dalam perkataan lain, dia yang mengerjakan solat atau menunaikan haji, atau melakukan apa sahaja amalan yang baik hanya sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia akan kebaikannya, itu adalah syirik. Dia telah sekutukan yang lain dengan Allah di dalam melakukan segala amalannya. Menunjuk-nunjukkan amalan yang baik adalah syirik yang kecil yang mana telah menghapuskan segala pahala. Ianya telah dilaporkan bahawa Nabi telah berkata: ‘Tahanlah diri dari syirik yang kecil.’ Manusia bertanya kepada baginda: ‘Wahai Nabi Allah, apakah syirik yang kecil?’ Baginda menjawab: ‘Al-riya Was-sama’ [i.e. menunjuk-nunjuk kepada manusia, atau memperdengarkan kepada mereka mengenai ibadah kamu kepada Allah] juga Nabi telah berkata: ‘Perkara yang paling buruk yang saya takuti untuk kamu adalah syirik yang tersembunyi, maka jauhkanlah diri kamu daripadanya kerana syirik ini diantara umma ku adalah lebih tersembunyi dari semut yang merangkak diatas batu pada malam yang gelap.’ Baginda berkata lagi: ‘sesaorang yang melakukan solat dengan cara menunjuk-nunjuk adalah syirik. Sesaorang yang terus berpuasa, atau memberi sedekah, atau menunaikan haji, atau membebaskan hamba hanya untuk menunjukkan kepada manusia akan kebaikkannya atau untuk mendapat nama yang baik adalah syirik.’ Dan oleh kerana baris yang akhir ini adalah mengenai perkara hati, maka ia telah termasuk kedalam syirik yang tersembunyi.

Hafiz: Kami fahami dari kenyataan kamu bahawa jika sesaorang membuat tawaran kepada makhluk, dia adalah syirik. Maka shia juga syirik, oleh kerana mereka membuat tawaran kepada para Imam dan anak-anak mereka.

MENGENAI TAWARAN ATAU IKRAR.
Shirazi: Jika kita ingin mengetahui kepercayaan bagi sesuatu umma, kita janganlah bergantung kepada manusia jahil dari komuniti tersebut. Kita hendaklah mempelajari buku-buku mereka yang dipercayai. Jika kamu hendak mempelajari shia, janganlah mulakan dengan pengemis shia yang dijalanan, yang menyebut-nyebut: ‘O Ali, O Imam Reza,’ dan atas dasar itu kamu mengistiharkan shia sebagai syirik. Begitu juga, jika manusia jahil membuat ikrar atau tawaran diatas nama Imam atau anak-anaknya, tidaklah wajar bagi kamu untuk menghina semua shia. Jika kamu mempelajari buku perundangan shia, kamu akan dapati bahawa tidak terdapat satu pun bayangan syirik ataupun yang pelik. Penegasan terhadap ke Esaan Allah telah disebutkan dimana-mana. Buku yang termashor, ‘Sharhe luma’ dan ‘Sharai’, boleh didapati dimana-mana dengan mudah dan kamu perlu mempelajarinya. Di dalam Bab ‘Tawaran’ bahagian perundangan shia yang sah telah menyatakan, di dalam kedua buku-buku yang disebutkan diatas dan banyaklagi di dalam penerbitan yang lain.

Oleh kerana nazar adalah salah satu daripada bentuk tawaran, maka perlu adanya niat pada mencari untuk mendekatkan diri kepada Allah. Terdapat dua syarat untuk nazar yang sah: Niat, dan lafaz yang diucapkan dengan perkataan dalam apa juga bahasa. Mengenai syarat yang pertama, niat, ianya hendaklah semata-mata kerana Allah. Syarat kedua, penuhi syarat pertama; orang yang membuat tawaran [nazar] hendaklah mengatakan dalam perkataan bahawa ianya hanya untuk Allah. Sebagai contoh, jika dia berikrar hendak meneruskan puasa atau meninggalkan minum arak, dia hendak membuatkan niatnya dengan perkataan yang mengandungi ‘lillah’ [kerana Allah], yang tanpanya tawaran itu tidak sah.

TAWARAN DENGAN NAMA ALLAH.
Jika kita membuat tawaran tidak dengan menggunakan nama Allah, tetapi dengan nama seorang yang lain, sama ada dia telah mati atau masih hidup, atau kita masukkan namanya bersama nama Allah, walaupun jika dia seorang Imam atau anaknya, maka tawaran itu tidak sah. Jika ini dilakukan dengan sengaja dan dengan berpengetahuan maka ianya adalah syirik, sebagaimana jelasnya dari ayat: ‘… dan jangan sekutukan sesaorang di dalam beribadah kepada Tuhanmu [18:110] Para perundangan shia bersetuju, untuk membuat tawaran diatas nama sesaorang termasuk nabi atau Imam adalah salah. Jika ianya dilakukan dengan sengaja maka itu adalah syirik. Tawaran mestilah dibuat atas nama Allah, walaupun kita diperbolehkan untuk malaksanakannya pada bila-bila masa yang kita hajati. Sebagai contoh, jika sesaorang dengan nama Allah membawa kambing kepada rumah yang tertentu atau tempat beribadah atau makam seorang Imam dan menyembelihnya disana, tidak ada kesalahan pada perbuatan itu. Juga, jika dia berikrar dan memberikan wang atau pakaian atas nama Allah kepada seorang Seyyed tertentu, keturunan dari nabi, atau memberi sedekah kepada anak yatim atau fakir miskin, tidak ada kesalahan padanya. Akan tetapi jika dia berikrar untuk membuat tawaran [nazar] hanya disebabkan kerana Nabi atau Imam, anak kepada Imam, atau sesiapa yang lainnya, ianya adalah ditegah. Jika dilakukan dengan sengaja, itu adalah syirik. Adalah tanggong jawab setiap Nabi atau penguasa agama untuk mengajar manusia sebagaimana al-Quran berkata: ‘Katakan: Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; tetapi jika kamu berpaling; maka atasnya apa-apa yang diwajibkan atasnya, dan atas mu apa-apa yang diwajibkan atas mu…. [24:54]
Adalah tanggong jawab manusia untuk mendengar apa yang Nabi Allah telah katakan dan untuk beramal dengannya. Bagaimana pun jika sesaorang itu tidak memperduli untuk mengikuti arahan Tuhan atau mengamalkannya, ia tidak merosakkan kepercayaan atau prinsip yang mana kepercayaan itu berasal.

SYIRIK TERSEMBUNYI: MEMAPARKAN IBADAH.
Jenis syirik yang kedua adalah syirik yang tersembunyi, seperti memaparkan solat kita atau apa juga bentuk ibadah yang lainnya. Perbezaan diantara syirik ini dengan syirik di dalam solat adalah, di dalam perkara syirik di dalam solat kita sekutukan sesuatu atau mekhluk dengan Allah. Jika sesaorang menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu selain dari Allah, di dalam solat wajib, atau jika dengan ajakkan syaitan, dia mempunyai gambaran tuhan di dalam fikirannya, atau sesaorang menjadi tumpuannya, maka itu adalah syirik. Tiada yang lain, melainkan Allah menjadi tumpuan ibadah kita. Nabi berkata bahawa jika sesaorang melakukan amalan yang baik dan mejadikan sekutu bagi Allah di dalam amalan tersebut, maka kesemua amalan tersebut adalah bagi sekutunya. Allah bencikan amalan tersebut bersama dengan pengamalnya. Juga telah disampaikan bahawa Nbai berkata jika seaorang melakukan solat wajib, berpuasa, menunaikan haji dan dia mempunyai tanggapan bahawa dengan melakukan semua ini manusia akan memujinya, ‘maka sesungguhnya, dia telah mengadakan sekutu bagi Allah di dalam amalannya.’

Telah dinyatakan dari Imam Jafar Sadiq bahawa jika sesaorang melakukan satu amalan kerana takutkan Allah atau untuk ganjaran dihari akhirat, dan dimasukkan juga kesenangan makhluk, maka yang melakukan amalan tersebut adalah syirik.

SYIRIK TERHADAP PENYEBAB.
Satu jenis syirik adalah yang berkait dengan penyebab, oleh kerana kebanyakkan manusia mengantungkan harapan dan takut mereka pada penyebab sebab. Ini juga adalah syirik tetapi dimaafkan. Syirik membawa erti bahawa kekuasaan terletak khusus pada penyebab sebab. Sebagai contoh, sinaran matahari menghidupkan banyak hidupan didunia ini, tetapi jika sesaorang beranggapan bahawa kuasa itu dimilikki matahari, mak itu adalah syirik. Bagaimanapun jika kita percaya bahawa kuasa matahari diberikan oleh Allah, dan ianya adalah penyebab dari anugerahNya, maka ini bukanlah syirik. Bahkan ini merupakan suatu bentuk ibadah, oleh kerana menumpukan perhatian kepada tanda-tanda kebesaran Allah adalah permulaan pada pelaksanaan ibadah hanya untuk Allah. Rujukan telah dibuat di dalam ayat al-Quran yang bermaksud bahawa kita perlu memerhatikan pada tanda-tanda kebesaran Allah kerana ia akan membawa kepada penumpuan terhadap Allah. Dengan cara yang sama, pergantungan kepada penyebab sebab [perniaga kepada perniagaannya, petani kepada pertaniannya] menjadikan sesaorang syirik, jika dia mengalihkan perhatiannya daripada Allah.

Bergantung pada penjelasan yang diatas mengenai syirik, contoh manakah yang telah diperkatakan boleh dianggap telah diperlakukan oleh shia? Dengan cara yang bagaimana, dari sudut pandangan solat, kepercayaan, atau hadith shia yang kamu telah lihat, yang membolehkan mereka dituduh syirik?

Hafiz: Saya mengakui apa yang kamu katakan adalah benar, tetapi jika kamu berhenti sejenak untuk mengambil masa berfikir, kamu akan setuju bahawa untuk bergantung kepada para Imam adalah syirik. Oleh kerana tidak perlu mencari kepada makhluk untuk mendekati Allah, kita harus meminta pertolongan kepada Allah terus.

MENGAPA NABI MEMINTA PERTOLONGAN KEPADA MAKHLUK.
Shirazi: Amat pelik bahawa kamu telah mengabaikan apa yang saya telah kata selama ini. Adakah syirik untuk meminta pertolongan dari orang lain pada memenuhi hajat kita? Jika ini adalah benar, kesemua manusia adalah syirik. Jika meminta bantuan dari orang lain adalah syirik, mengapa Nabi meminta bantuan dari makhluk? Kamu hendaklah mempelajari ayat-ayat dari al-Quran supaya kamu boleh mengetahui mana yang benar dan betul. Ayat yang berikut ini perlu diberikan perhatian: ‘Dia berkata: wahai ketua-ketua, siapakah dari kamu boleh membawakan kepada ku mahkotanya sebelum mereka datang kepada ku dengan tunduk? Ifrit berkata: ‘saya akan membawanya kepada kamu sebelum kamu bangun dari dari tempat duduk, dan sesungguhnya saya amat kuat dan boleh dipercayai untuk itu.’ Berkata yang punya ilmu dari kitab: ‘Saya akan bawakannya kepada kamu dalam sekelip mata.’

Kemudian apabila dilihat ada disebelahnya, dia berkata: ‘Ini adalah kurnia dari Tuhanku… [27:38 – 40]
Membawa mahkota Bilqis [Ratu Sheba] kepada Sulayman adalah mustahil bagi makhluk. Diakui, luar biasa, dan Nabi Sulayman, walaupun mengetahui bahawa ianya memerlukan kuasa ilahi [ketuhanan], tidak meminta Allah untuk membawakan mahkota tersebut, tetapi meminta kepada makhluk untuk menolongnya. Fakta ini menunjukkan bahawa meminta pertolongan kepada yang lain tidaklah syirik. Allah penyebab utama, yang telah menjadikan sebab-sebab didunia ini. Syirik adalah perkara hati. Jika seorang meminta pertolongan sesaorang yang lain dan dia tidak menganggap orang itu sebagai sekutu bagi Allah, ianya tidaklah ditegah. Situasi begini lumrah dimana-mana. Orang pergi kerumah orang lain dan meminta bantuannya dengan tidak menyebutkan nama Allah. Jika saya pergi berjumpa doktor dan meminta dia menyembuhkan saya, adakah itu syirik? Dan lagi, jika sesorang sedang lemas, dia menjerit meminta tolong, adakah dia syirik?

Silalah berlaku adil, dan janganlah memutarkan fakta. Kesemua komuniti shia percaya bahawa jika sesaorang menganggap keturunan nabi sebagai Allah atau sekutu bagi DiriNya, pasti dianya syirik. Kamu mungkin pernah dengar shia yang dalam kesusahan berkata: ‘Wahai Ali, bantulah saya! Wahai Husain, tolonglah saya!” ini tidak bererti: ‘Wahai Allah Ali, tolonglah saya! Wahai Allah Husain, tolonglah saya!’
Tetapi yang sebenarnya adalah dunia ini tempat penyebab bagi segala sebab, makanya kami menganggap mereka sebagai cara penyampai bagi menghilangkan segala kesusahan. Kami meminta pertolongan Allah melalui mereka.

Hafiz: Sepatutnya diminta kepada Allah terus, mengapa kamu meminta melalui perantara?

Shirazi: Perhatian tetap kami mengenai keinginan, kesusahan, dan penderitaan hanya tertumpu kepada Allah. Tetapi al-Quran yang suci berkata bahawa kita hendaklah mencapai kehadrat Allah melalui satu cara pendekatan: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Laksanakanlah tanggong jawab kamu terhadap Allah dan carilah cara untuk mendampingi Dia.’ [5:35]

AHLI MUHAMMAD YANG SUCI ADALAH CARA KEPADA RAHMAT ALLAH.
Kami shia tidak menganggap keturunan nabi adalah penyelesaian terhadap segala masalah kami. Kami menganggap mereka sebagai hamba Allah yang paling wara’ dan sebagai cara untuk rahmat Allah. Kami meletakkan diri kami kepada keluarga yang suci itu kerana mengikuti arahan nabi.

Hafiz: Mengapa kamu katakan, perkataan ‘cara untuk mendampingi’ di dalam ayat yang diatas merujuk kepada keturunan nabi?

Shirazi: Didalam banyak hadith, nabi mengutarakan kepada kita bahawa apabila di dalam kesusahan kita merayu keturunannya sebagai cara untuk mendampingi kepada Allah. Banyak dari ulama kamu, seperti Hafiz Abu Nuaim Isfahani, di dalam bukunya ‘Nuzulul-Quran fi Ali’ [Wahyu al-Quran mengenai Ali], Hafiz Abu Bakr Shirazi di dalam bukunya ‘Ma Nazala minal-Quran fi Ali’ dan Imam Ahmad Thalabi di dalam Tafsirnya [Komentari] mengatakan bahawa wasilat [bererti mendampingi] di dalam ayat yang diatas bererti keturunan nabi. Rujukan ini telah terdapat dari banyak hadith nabi. Ibn Abil-Hadid Mutazali, seorang ulama yang disegani, berkata di dalam bukunya ‘Sharhe Nahjul-Balagha’ jilid IV, ms 79; bahawa Bibi Fatima Zahra merujuk kepada maksud ayat ini dihadapan puak Muhajir dan Ansar, semasa menyampaikan ucapannya di dalam hubungan perampasan hartanya Fadak, di dalam perkataan yang berikut:
‘Saya menyanjung Allah yang mana Kehormatan dan CahayaNya dicari oleh penduduk langit dan bumi untuk cara mendampingi kepadaNya. Diantara makhlukNya kami adalah cara untuk mendampingi.’


No comments:

Post a Comment