Monday, October 17, 2011

CINCIN DAN MANFAATNYA


 
CINCIN LIMA
Adalah suatu sunat muakkad untuk para lelaki dan wanita kaum muslim memakai cincin di tangan kanan. Para Syiah akan dikenali menerusi simbol-simbol ini, antaranya, memakai cincin di tangan kanan, solat fardhu tepat pada waktunya, memberi zakat serta amal makruf nahi mungkar.
Sebuah hadis dari Salman Al Farisi menyatakan bahawa Nabi(sawa) telah meminta Imam Ali untuk memakai cincin di tsngsn kanan, supaya beliau tergolong dalam golongan Muqarrabin(orang-orang yang dekat dengan Allah swt). Imam bertanya kepada Rasulullah siapakah golongan muqarrabin itu, yang mana Rasulullah menjawab Malaikat Jibril dan Mikael. Kemudian bertanya lagi Imam, tentang batu apa yang beliau perlu pakaikan bersama cincin itu. Rasulullah(sawa) menjawab agar dipakai batu Aqiq, kerana batu ini telah menerima tauhid Allah swt, kenabian Rasulullah sawa dan wilayah Imam Ali serta syurga untuk para sahabat Imam Ali dan Syiahnya.
Imam Ar Ridha as pernah ditanya tentang sebab Imam Ali memakai cincin di tangan kanannya. Imam menjawab ia adalah kerana Imam Ali adalah ketua bagi golongan Ashabi Yamin, yakni orang-orang yang buku amalannya akan diberikan di tangan kanan. Tambah beliau lagi, Rasulullah sendiri memakai cincin di tangan kanan.
Imam as Sadiq telah menyatakan bahawa Rasulullah sawa selalu memakai cincin di jari pertamanya, dan melarang pemakaian cincin di jari tengah. Cincin juga patut berada di posisi hujung jari, di mana ia bersambung dengan telapak tangan.Bacalah doa ini ketika menyarungkan cincin, “Ya Allah, jadikanlah aku dikenali melalui tanda keimanan ini. Jadikanlah kesudahan ku berbaloi dan pengakhiran ku baik walaupun di dunia seterusnya.”
Sunnahnya ialah mengenakan cincin perak. Sudah tentu emas haram untuk lelaki. Memakai cincin besi dan tembaga adalah makruh untuk lelaki dan perempuan. Oleh itu, mengikut kata-kata Imam Sadiq, Rasul meminta agar tidak dipakai cicin besi ketika bersolat.
Berikut ialah hadis-hadis mengenai jenis batu dan khasiatnya.
Aqiq
Aqiq



Imam Muhammad al Jawad(as) mengatakan bahawa Aqiq menghalang kefakiran dan menghilangkan kekeliruan di dalam hati.
Imam As Sadiq berkata, Aqiq membawa keselamatan ketika bermusafir.
Imam al Baqir(as) berkata: “Sesiapa yang mempunyai cincin Aqiq, memusingkannya ke arah telapak tangan, melihat ke arahnya lalu membaca surah Al Qadar, lalu Allah akan melindungi pemakainya seharian, dari segala masalah samada dari langit atau bumi.”
Salah satu dari adab bersolat ialah dengan memakai cincin Fairuz atau Aqiq. Telah diriwayatkan bahawa Allah swt berfirman:
“Aku berasa malu untuk menolak doa orang yang memakai cincin Aqiq atau Fairuz di jarinya.”
Imam Jaafar(as) berkata: Aqiq memastikan keselamatan seseorang sewaktu bermusafir.
Jika seorang Syiah memakai mana-mana salah satu dari 3 jenis Aqiq, antara khasiatnya ialah bertambah rezekinya dan dilindungi dari semua nasib malang, bahaya, kemalangan dan bencana. Ia juga akan melindungi dalam keadaan ketakutan, seperti ketika berhadapan dengan pemimpun zalim.
Yakoot
Yaqoot



Imam al Jawad berkata batu Yakoot(delima) menghilangkan kerisauan.
Imam ar Ridha juga menambah bahawa batu Yakoot memudahkan kesukaran.
Adalah diriwayatkan bahawa cincin yang disedekahkan ketika beliau sedang rukuk adalah cincin berbatu Yakoot, wallahualam
Fairuz
Fairuz

Imam Sadiq menyatakan bahawa barangsiapa yang memakai cincin Fairuz, tidak akan mengharap pada makhluq lain.
Seseorang menziarah Imam Ridha dan mendapati Imam mengenakan cincin Fairuz yang terukir Lilla hil mulk- Allah Tuhan segala kerajaan(3:189)Apabila orang itu terus memerhatikan, Imam bertanya samada beliau dapat mengenali ukiran itu. Orang itu menjawab tidak. Lalu Imam menerangkan bahawa Jibril telah menurunkan cincin ini kepada Nabi sawa sebagai hadiah dari syurga, dan sejak dari baginda, ia telah menjadi warisan turun temurun di tangan para Imam.
Rasulullah bersabda Allah swt mendapati sangat sukar untuk menolak doa orang ysng memakai cincin Aqiq dan Fairuz di jari mereka.
Durr Najaf dan Hadid Sin
Durr Najaf
Imam Sadiq berkata, walaupun sekadar memandang batu Durr Najaf membuatkan hati setiap mukmin gembira dan menghilangkan kesakitan di mata mereka. Imam turut menyatakan beliau mahu setiap mukmin mempunyai 5 cincin. Cincin yang pertama ialah yakoot. Yang kedua ialah Aqiq, sebuah batu yang mempunyai perasaan sayang kepada Allah dan Ahlulbait(as). Batu yang ketiga ialah Fairuz, yang menguatkan mata, meluaskan dada dan menguatkan hati. Mana-mana mukmin yang melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan Fairuz di jarinya, maka pekerjaan itu pasti lancar. Cincin yang keempat ialah cincin Hadid Sin, tetapi bukan selalu. Pakai hanya jika seseorang itu merasa takut akan sesuatu, ia akan menjauhkan syaitan, menghilangkan rasa takut, juga dipakai ketika peperangan. Batu kelima ialah Durr Najaf.
Jed
Imam ar Ridha berkata batu Zajerbad(jed) memudahkan kesukaran, dan menukarkan yang miskin kepada kaya, dan barang siapa yang mengenakan cincin delima kuning(Syarafus Syam) tidak akan menjadi miskin.
Diambil dari “Tahdhib ul Islam” – P.E.T Publications
Imam Ali kerap memakai 4 cincin di tangannya, iaitu Yakoot untuk kecantikan dan kemuliaan, Fairuz untuk bantuan langit dan kejayaan, Hadid Sin untuk kekuatan, dan Aqiq untuk melindungi dirinya dari musuh dan nasib malang.
Oleh itu, tanyalah diri anda, adakah anda mempunyai simbol keimanan ini? Wallahualam
Sumber:




Cerita ttn cincin Syarafus sham(aqiq kuning) dan batu Firuzeh
Sayyed Ibnu Tawwus meriwayatkan di dalam “Amanul Ahzar” daripada Abu Muhammad Qassim bin A’la daripada Safi khadim [pembantu] Imam Ali an Naqi as, berkata: ‘Saya datang kepada Hazrat as dan memohon izin daripadanya untuk pergi ziarah ke Tuss’. Lalu Hazrat as berkata padaku: ‘Bawa sekali bersama anda cincin Aqiq yang berwarna kuning yang tertulis di sebelah permukaannya kalimah: ما شاء الله لا قوة إلاّ بالله أستغفر الله, dan di sebelah yang lain ditulis : محمد و عليّ , kerana ia akan selamat daripada kegagalan (dalam perjalanan) dan ianya akan disudahi dengan keselamatan dan agamamu akan lebih terpelihara.

Maka saya keluar dan mengambil cincin seperti mana yang telah disifatkan dan diperintahkan oleh Hazrat as padaku, dan saya datang semula ke tempat Imam dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya, kemudian saya pun beredar. Apabila saya telah jauh berjalan, Imam as memerintahkan supaya saya pulang kembali, maka saya pulang ke tempatnya, maka hadrat as berkata: ‘Wahai Safi!’ Saya menjawab: ‘Labbaik wahai penghuluku!’ Berkata: ‘Bawa juga bersama anda cincin Fairuz yang lain, kerana di pertengahan jalan diantara Tuss dan Nisyabur anda akan bertemu dengan seekor singa, maka ia akan menghalang rombongan [anda] daripada meneruskan perjalanan, maka majulah ke hadapan dan tunjukkanlah cincin ini dan katakanlah kepadanya: Maulaku berkata, supaya engkau pergi dari sini.’ Kemudian Imam as berkata: di atas cincin tersebut harus diukir kalimat: الله الملك , dan disebelah yang lain diukir:  اَلْمُلْكُ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ, kerana ia adalah cincin Amirulmukmin as; yang pada asalnya tertulis:  اللهُ الْمَلِك, dan tatkala Amirulmukmin as memegang tampuk kekhalifahan, Hazrat mengukir di atasnya: اَلْمُلْكُ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ. Dan batunya adalah Fairuz. Secara khususnya ia akan selamat daripada binatang buas dan berjaya dalam pertempuran.

Khadim [hamba] berkata: maka saya keluar bermusafir, demi Allah SWT [semasa dalam perjalanan] saya bertemu singa, maka saya melakukan apa yang telah dipesan oleh Imam as, dan tatkala saya pulang dari bermusafir, saya menceritakannya kepada Hazrat as atas apa yang saya telah alami. Hazrat as berkata kepada saya: masih ada lagi perkara yang anda masih belum menceritakan kepada saya dan sekiranya anda mahu, saya akan menceritakan kepada anda. Saya berkata: wahai tuanku! Sebutkanlah ia, kemungkinan saya terlupa tentangnya. Berkata: benar, anda telah bermalam di Tuss di samping perkuburan. Di sana ada sekumpulan makluk jin datang menziarahi kuburan tersebut, maka mereka melihat batu yang ada di tangan anda dan membaca kalimat yang terlukis di atasnya, lantas mereka mengambilnya dari tangan anda dan membawanya kepada jin yang sakit di kalangan mereka, lalu mereka membasuh cincin tersebut dengan air dan meminumkan airnya kepada yang sedang sakit, maka dengan itu dia menjadi sembuh, selepas itu, mereka mengembalikan cincin tersebut kepada anda, yang mana pada asalnya cincin tersebut di tangan kanan anda tetapi mereka memakaikannya pada tangan kiri anda, dengan itu menyebabkan anda amat hairan, sedangkan anda tidak tahu puncanya, dan anda dapati di kepala anda ada seketul batu Yakut dan anda mengambilnya. Bawalah batu tersebut ke pasar dan anda akan menjualnya dengan lapan puluh dinar dan ia adalah hadiah dari kaum Jin tersebut kepada anda. Lantas saya membawanya ke pasar dan menjualnya dengan harga lapan puluh dinar sebagaimana yang telah diterangkan oleh Tuanku عليه السلام. 

No comments:

Post a Comment