Tuesday, October 18, 2011

Kenapa Syiah mengatakan rahmat Allah ke atas mereka kepada Imam? Penjelasan Mengenai Sanjungan Terhadap Imam-Imam

Kenapa Syiah mengatakan rahmat Allah ke atas mereka kepada Imam?
Penjelasan Mengenai Sanjungan Terhadap Imam-Imam

Hafiz: Nasihat dari saudara berhak dipertimbangkan. Tetapi bolehkah kamu jelaskan beberapa perkara yang lain? Kamu selama ini telah mengatakan bahawa kamu tidak menyanjung sangat Imam-imam kamu. Kamu menganggap Ghullat sebagai hina dan hanya layak untuk neraka, tetapi kamu menggunakan ekspresi [ucapan] yang tidak bersesuaian mengenai Imam kamu. Kamu telah mengatakan: ‘Rahmat Allah keatas mereka,’ walaupun kamu mengetahui bahawa menurut al-Quran, ekspresi [sebutan] ini hanya diperuntukkan pada Nabi. Al-Quran berkata: ‘Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya dengan selawat yang sempurna.’ [33:56] Amalan kamu dengan jelas menyalahi perintah al-Quran. Ucapan kamu adalah suatu bidaa’.

Shirazi: Ayat ini tidak menghalang kita dari mensejahterakan mana-mana orang. Kita disuruh berselawat kepada Nabi. Di dalam ayat al-Quran yang lain Allah berkata: ‘Kesejahteraan keatas orang-orang Yasin [ahli Yasin],’ rujukan kepada keturunan Muhammad. Kepada nabi-nabi yang lain, kesejahteraan tidak diberikan kepada keturunan mereka dimana-mana ayat di dalam al-Quran. Kesejahteraan hanya diberikan kepada nabi-nabi Allah, ‘Keamanan dan kesejahteraan kepada Nuh diantara ummah-ummahnya.’ [37:79]; ‘Keamanan dan kesejahteraan kepada Ibrahim.’ [37:109]; ‘Keamanan dan kesejahteraan kepada Musa dan Harun.’ [37:120]

Aali-Yasin Merujuk Kepada Aali-Muhammad SAWAW

Kesemua pengulas dan ulama dari golongan kamu mengaku bahawa Allah telah memanggil nabi sebagai YaSin. Maka, ali Yasin bererti ali Muhammad. Diantara mereka yang menyebutnya, Ibn Hajar Makki ulama sunni yang membenci shia, berkata di dalam buku Sawaiq Muhriqa, dibawah ayat-ayat yang menyebutkan tentang kepujian terhadap ahli bayt, kumpulan pengulas itu menyebutkan dari Ibn Abbas sebagai berkata ahli Yasin bererti ahli Muhammad. Makanya salam, dan ucapan keamanan untuk aali Yasin bererti salam untuk aali Muhammad. Imam Fakhrud-Din Razi menulis: ‘Ahli Bayt Nabi adalah sama setaraf dengan baginda pada lima perkara:
Salam; salam untuk Nabi dan salam untuk aali Yasin [aali Muhammad] adalah perkara yang sama.

Selawat di dalam solat fardu untuk Nabi dan ahli baytnya adalah wajib.
Kesucian; Allah berkata di dalam surah ‘Ta Ha’ [20:1] ‘[Wahai Nabi] Bersih dan suci,’ ayat kesucian telah diwahyukan di dalam meninggikan ahli bayt
Diharamkan sedekah; Sedekah tidak boleh diterima sama ada oleh Nabi atau ahli baytnya.

Kecintaan; Kecintaan kepada Nabi bererti kecintaan kepada ahli baytnya. Allah yang Maha berkuasa telah berkata: ‘Katakan: jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, Allah akan mencintai kamu….’ [3:31] dan mengenai ahli bayt Allah berkata: ‘..Katakan: aku tidak meminta sebarang ganjaran untuknya tetapi kecintaan kepada kerabatku yang terdekat…’ [42:23]

Tidak Sah Solat Jika Tiada Selawat Dan Salam Kepada Nabi SAWAW dan Keluarganya

Ramai mereka yang menyampaikan Hadith, terutama Bukhari di dalam sahihnya, jilid III, dan Muslim di dalam sahihnya, jilid I, Sulayman Balkhi di dalam buku ‘Yanabiul Mawadda, dan bahkan Hajar di dalam Sawaiq menyebutkan dari Ka’b bin Ajza sebagai berkata: ‘Apabila ayat: Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi…. [33:56] diwahyukan, kami bertanya kepada Nabi, ‘Bagaimana kami mendoakan kesejahteraan kami untuk kamu, ya Rasul Allah? Nabi menjawab, ‘Doakanlah kesejahteraan kamu begini: ‘Wahai Allah, sejahterakan Muhammad dan ahli Muhammad.’

Imam Fakhrud-Din Razi, di dalam jilid VI dari Tafsir-e-Kabir nya, juga telah menyebutkan hadith yang sama. Ibn Hajar, mengulas dari hadith itu, menunjukkan bahawa adalah jelas yang ucapan selawat untuk Nabi adalah sama dengan ucapan selawat kepada keturunannya juga. Dia juga menyebutkan yang Nabi sebagai berkata: ‘Janganlah selawat untuk ku dengan yang tidak sempurna,’ Apabila ditanya apa yang dimaksudkan dengan selawat yang ‘tidak sempurna’, baginda berkata: ‘Janganlah katakan, Wahai Allah sejahterakan Muhammad,' ’tetapi katakan: ‘Wahai Allah, sejahterakan Muhammad dan keturunannya.’

Dailami menulis bahawa Nabi berkata: ‘Doa kamu tinggal terhalang sehingga kita doakan kesejahteraan kepada Nabi dan ahlinya.’ Shafii berkata, ‘Wahai ahli bayt! Di dalam al-Quran Allah telah menjadikan kecintaan kepada kamu sebagai wajib kepada kita. Mengenai kemuliaan dan ketinggian kedudukan kamu, adalah memadai untuk mengetahui bahawa jika sesaorang tidak mendoakan kepada ilahi untuk kesejateraan kamu, solatnya tidak akan diterima.’ Jika doa untuk mensejahterakan Nabi dan keturunannya dengan sengaja ditinggalkan di dalam solat, maka solat itu ditolak. Dan Nabi telah berkata: ‘Solat itu adalah tiang bagi keimanan; jika solat itu diterima, kesemua amalan lain akan diterima, jika ianya ditolak, maka semua amalan lain akan ditolak.

Untuk mendoakan kepada Allah akan kesejahteraan ahli bayt adalah sunnah dan adalah bentuk doa yang dilaksanakan oleh Nabi SAWAW sendiri. Kami merasa bangga untuk melakukan apa yang disuruh oleh al-Quran dan juga Nabi SAWAW.

No comments:

Post a Comment