Wednesday, October 19, 2011

Jika Khalifah Umar Dan pengikutnya Ahlu s-Sunnah Nabi saw, mereka tidak menentang sunah Nabi saw (bhg.1)


       Khalifah Umar  dianggap  contoh yang unggul sebagai pelaku atau pengamal Sunnah Nabi (Sa.w) selepas Abu Bakr, tetapi para ulama Ahlus Sunnah wa l–Jama‘ah juga mencatat sebaliknya di dalam buku-buku mereka. Sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka merekalah yang berdosa dan bertanggungjawab di hadapan Allah (swt). Dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan terus memusuhi Sunnah Nabi (S.a.w) yang bertentangan dengan sunnah Umar? Justeru itu, adakah Umar  dan pengikut-pengikutnya Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w)? Berikut dikemukakan  sebahagian daripada sunnah khalifah Umar  yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) serta akal yang sejahtera:

1. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menghalang Nabi (S.a.w) dari menulis sunnahnya yang terakhir, tetapi khalifah Umar telah menghalang Nabi (S.a.w) dari menulis sunnahnya yang terakhir. Lantas Nabi (S.a.w) mengusir Umar dan kumpulannya supaya keluar dari rumahnya. (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

2. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka tidak bertengkar di hadapan Nabi (S.a.w) bagi menentang sunnahnya supaya dibawa kepadanya pensel dan kertas untuk menulis wasiatnya (sunnahnya), tetapi khalifah Umar dan kumpulannya telah melakukan perkara tersebut.( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69). Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar serta kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

3. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka tidak memisahkan Kitab Allah (al-Qur’an) daripada Nabi (S.a.w), tetapi khalifah Umar telah memisahkan Kitab Allah daripada Nabi (S.a.w) ketika dia berkata di hadapan Nabi (S.a.w): Kitab Allah adalah cukup bagi kita”. Kata-kata Umar adalah secara langsung merendah martabat Nabi (S.a.w). ( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar dan kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

4. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi(S.a.w), nescaya mereka percaya kemaksuman Nabi (S.a.w) setiap masa, kerana segala perkataan, perbuatan dan taqrirnya merupakan sunnahnya, tetapi khalifah Umar tidak mempercayai kemaksuman Nabi (S.a.w) ketika dia berkata : “cukuplah bagi kita Kitab Allah” Kata-katanya itu ditentang oleh Nabi (S.a.w) sendiri . Lalu beliau (S.a.w) menjadi marah dan terus mengusir khalifah Umar serta kumpulannya supaya keluar .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69). Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar dan kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

5. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka tidak mengatakan bahawa Nabi  (S.a.w) "sedang meracau” tetapi Khalifah Umar telah mengatakan bahawa Nabi (S.a.w) sedang meracau (yahjuru). Oleh itu permintaan beliau (S.a.w) supaya dibawa pensel dan kertas  untuk beliau menulis perkara-perkara yang tidak akan menyesatkan ummatnya selama-lamanya tidak perlu dilayani lagi. [Muslim, Sahih, III, hlm. 69; al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36] Justeru itu sunnah Umar adalah bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al-Najm (53):3-4: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya." Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

6. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang orang ramai dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Umar telah melarang orang ramai dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w). Umar berkata: "Hasbuna Kitabullah (Kitab Allah adalah cukup bagi kita). [Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36] Sunnahnya adalah bertentangan dengan sunnah yang dipopularkan oleh Ahlu s-Sunnah: Aku tinggalkan pada kalian dua perkara selama kalian berpegang kepada kedua-duanyaKitab Allah dan Sunnahku." Lantaran itu, khalifah Umar bertegas bahawa dia tidak perlu kepada sunnah Nabi (S.a.w)  di hadapan Nabi (S.a.w)  sendiri. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

7. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membakar sunnah atau hadis Nabi (S.a.w), tetapi khalifah Umar telah membakar sunnah Nabi (S.a.w)  Ibn Sa'd dalam Tabaqatnya, V hlm. 140 meriwayatkan bahawa apabila hadis atau Sunnah Nabi (S.a.w) banyak diriwayat dan dituliskan pada masa Umar bin al-Khattab, maka dia menyeru orang ramai supaya membawa kepadanya semua hadis-hadis yang ditulis, kemudian dia memerintahkan supaya ianya dibakar. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

8. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menahan sahabat yang banyak meriwayatkan sunnah Nabi (S.a.w)  di Madinah, tetapi khalifah Umar telah menahan tiga orang sahabat di Madinah sehingga mati, kerana meriwayatkan banyak hadis Rasulullah (S.a.w). Mereka ialah Ibn Mas'ud, Abu Darda' dan Abu Mas'ud al-Ansari.[al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 8; al-Haithami, Majma al-Zawaid, I, hlm. 149; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm. 110] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

9. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berkata: "Apa itu hadis daripada Rasulullah?", tetapi Khalifah Umar berkata kepada Abu Darda: "Apa itu hadis daripada Rasulullah? "Abu Salmah bertanya kepada Abu Hurairah: "Adakah anda meriwayatkan hadis atau sunnah semacam ini pada masa Umar? Abu Hurairah menjawab: Sekiranya aku meriwayatkan hadis  atau sunnah (semacam ini) pada masa Umar, nescaya dia memukul aku dengan cemetinya"[al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

10. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka berkata: Kami perlu kepada sunnah Nabi (S.a.w)  setiap masa, tetapi khalifah Umar berkata: Kami tidak perlu kepada sunnah Nabi, kerana  kitab Allah sudah cukup bagi kita” .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69). Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

11. Jika mereka Ahl al-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka menyibar Sunnah Nabi (S.a.w), dan menjaganya, tetapi khalifah Umar, melarangnya dan memusnahkannya (Ibn Sa'd dalam Tabaqat, V hlm. 140;  al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 237]. Lantaran itu  sunnah khalifah  Umar adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w): "Allah memuliakan seseorang yang mendengar hadisku dan menjaganya, dan menyebarkannya. Kadangkala pembawa ilmu (hadis) membawanya kepada orang yang lebih alim darinya dan kadangkala pembawa ilmu (hadis) bukanlah seorang yang alim. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm.437; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm.78] Dan sabdanya "Siapa yang ditanya tentang ilmu maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api neraka." [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

12. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka  percaya dan mengamalkan sunnah Nabi (S.a.w)  daripada sunnah Umar, tetapi khalifah Umar percaya bahawa sunnahnya adalah lebih baik daripada sunnah Nabi (S.a.w)  umpamanya menambahkan hukum sebat bagi peminum arak dari 40 sebatan kepada 80 kali sebatan. [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

13. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka percaya bahawa taat kepada Nabi (S.a.w)  adalah taat kepada Allah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Nisa’ (4):80 “Siapa yang mentaati Rasul, maka dia mentaati Allah”. Ini bererti siapa yang mendurhakai Rasul, maka dia menderhakai Allah, tetapi khalifah Umar percaya sebaliknya ketika dia berkata: Kitab Allah adalah cukup bagi kita” “Nabi sedang meracau” . ( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) Baginya menderhakai Nabi (Sa.w) bukan bererti menderhakai Allah. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

14. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka  tidak memusuhi orang yang menghidupkan Sunnah Nabi (S.a.w), tetapi khalifah Umar memusuhinya dan membakar sunnahnya (Ibn Sa'd Tabaqat, V hlm. 140) . Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

15. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengesyaki Nabi (S.a.w)  dan kaum Muslimin sama ada berada di dalam kebenaran ataupun kebatilan,  tetepi Khalifah Umar mengesyaki Nabi (S.a.w)  dan kaum Muslimin sama ada berada di dalam kebenaran ataupun kebatilan.  Ia bertanya Nabi (S.a.w): Adakah kita berada di dalam kebenaran dan mereka (kafir) berada dai dalam kebatilan? Adakah orang yang terbunuh di pihak kita akan memasuki syurga? Dan orang yang terbunuh di pihak mereka ke neraka? Nabi (S.a.w)  menjawab: Ya, dan akhirnya Nabi (S.a.w)  menegaskan kepadanya: "Wahai Ibn al-Khattab, sesungguhnya aku ini adalah Rasulullah dan Allah tidak akan mengabaikan aku. Umar beredar dari Nabi (S.a.w) dengan marah (muthaghayyizan), kemudian dia berjumpa Abu Bakar lalu ia mengemukakan persoalan yang sama, lantas Abu Bakar menyakinkan dia bahawa Muhammad itu adalah Rasulullah dan Allah tidak akan mengabaikannya. [Muslim, Sahih, IV, hlm.12, 14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

16. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengkasari Ahlu l-Bait Nabi (S.a.w), malah mereka harus mempunyai sifat kasih sayang kepada mereka khususnys terhadap Fatimah (a.s), tetapi khalifah Umar tidak mempunyai sifat sedemikain, Kerana orang yang menilai Nabi (S.a.w)  dari segi budi pekertinya dan apa yang dikurniakan Allah ke atasnya untuk kebaikan umatnya, lidah akan menjadi lemah untuk melahirkan kesyukuran kepadanya, tidak akan memusuhinya melalui keturunannya dan Ahlu l -Baitnya. Mereka tidak menjadikan Ahlu l-Baitnya setaraf dengan mereka seperti kedudukan mata di sisi kepala, kerana menjaga hati Nabi (S.a.w)  dan kasih sayang kepada anak cucunya. Kenapa tidak, al-Qur'an telah menjelaskannya dan menyeru orang ramai kepadanya. Sunnah-sunnah menetapkan bahawa merekalah Ahlu l-Mawaddah. Merekalah orang yang Allah mewajibkan kasih sayang terhadap mereka dan berjanji ganjaran kebaikan ke atas orang yang mencintai Ahlu l-Bait kerana sekiranya seorang melakukan al-Mawaddah terhadap mereka secara ikhlas, dia berhak syurga kerana firman Allah Azza Wa-Jalla:" Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh [berada] di dalam taman-ataman syurga, mereka perolehi apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar." [Surah al-Syu'ara 26:22] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

17. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memusuhi Ahlu l-Bait Nabi (S.a.w), apatah lagi mengepung  dan cuba membakar rumah anak perempuannya; Fatimah (a.s) kerana memaksa Ali (a.s) supaya memberi bai'ah kepada Abu Bakar, tetapi Khalifah Umar adalah perencana utama dalam cubaan membakar rumah Fatimah (a.s) kerana memaksa Ali (a.s) supaya memberi bai'ah kepada Abu Bakar. Sunnahnya itu adalah membelakangi firman Tuhan Surah al-Ahzab (33):33 "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." Fatimah (a.s) adalah di kalangan Ashab al-Kisa' yang disucikan oleh Allah (swt). Umar berkata:"Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar. [Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198;  Abu-l-Fida, Tarikh, I, hlm. 156] . Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

18. Jika mereka Ahl al-Sunnah Nabi(S.a.w), nescaya mereka tidak membawa Ali (a.s) di dalam keadaan lehernya terikat, tetapi khalifah Umar dan kumpulannya telah memaksa Ali a.s memberi baiah kepada Abu Bakr di dalam keadaan lehernya terikat (Ibn Qutaibah,al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm.18-20, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm.139;  Abul-Fida, Tarikh,I, hlm. 159; al- Tabari, Tarikh ,III , hlm.159].

       Perlakuan sedemikian adalah menyalahi Sunnah Nabi (S.a.w)  yang bersifat lembut terhadap Ali a.s dan melantiknya sebagai khalifah selepasnya: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya” dan ia adalah sejajar dengan tuntutan Ali a.s terhadap jawatan khalifah. (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’al-Mawaddah, hlm.144, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm.2180) Justeru itu,mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar dan kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

19. Jika mereka Ahl al-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka diizinkan untuk mengerjakan solat jenazah ke atas Fatimah (a.s), tetapi khalifah Umar dan kumpulannya tidak diizinkan oleh Fatimah (a.s) untuk mengerjakan solat ke atasnya. Dia berwasiat kepada suaminya Ali a.s supaya Abu Bakr dan Umar tidak diizinkan mengerjakan solat ke atasnya. Kerana perbuatan mereka berdua yang menyakitkan hatinya,khususnys mengenai Fadak [Al-Bukhari, Sahih, VI, hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159]. Nabi (S.a.w)  bersabda:" Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan redha dengan keredhaanmu." [Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.153; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm.219] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr dan kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

20. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),  nescaya mereka tidak mengingkari kematian Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Umar telah mengingkari kematian Nabi (S.a.w). Dia tidak mengetahui bahawa kematian adalah harus bagi Nabi (S.a.w). Dia berkata: "Siapa yang mengatakan bahawa Nabi telah mati, aku akan membunuhnya dengan pedangku." Abu Bakar datang dan berkata kepadanya: "Tidakkah anda mendengar firman Allah (swt)(di dalam Surah al-Zumar (39):30, "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)" dan firman-Nya (di dalam Surah Ali Imran (3):144), "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?  Maka Umar pun berkata: "Aku yakin dengan kematiannya seolah-olah aku tidak mendengar ayat-ayat tersebut."[al-Syarastani, al-Milal, I, hlm. 23; al-Bukhari, Sahih, VII, hlm. 17]
       Bagaimana khalifah Umar berkata: "Kitab Allah adalah cukup bagi kita" ketika dia menegah Nabi (S.a.w)  dari menulis wasiatnya di mana ummat tidak akan sesat selama-lamanya, sedangkan dia tidak mengetahui ayat-ayat tersebut sehingga Abu Bakar datang dan membacakan kepadanya? Dan tindakan Umar yang tidak mempercayai kewafatan Nabi (S.a.w)  tidak boleh difahami sebagai kasihnya yang teramat sangat kepada Nabi (S.a.w). Kerana dia telah berkata bahawa Nabi (S.a.w)  sedang meracau dan Kitab Allah adalah cukup bagi kita. Lalu dia menegah Nabi (S.a.w) dari melaksanakan apa yang dikehendakinya. [al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, II, hlm. 69]

       Dan kata-kata Abu Bakar pula menyokong pendapat Umar. Dia berkata:"Siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati." Ini bererti wahai orang yang bermegah ke atas kami dengan Muhammad, habislah mereka kerana peranannya sudah selesai. Kitab Allah adalah cukup bagi kita kerana ianya hidup. Persoalan yang timbul "Adakah kaum Muslimin pada masa itu menyembah Muhammad?" Tidak, mungkin ini adalah satu sindiran kepada Bani Hashim secara umum dan Ali bin Abi Talib secara khusus. Kerana mereka bermegah dengan Muhammad. Nabi (S.a.w), dari kalangan mereka. Dan merekalah keluarganya, dan orang yang paling berhak daripada orang lain, kerana mereka lebih mengetahuikedudukan Nabi (S.a.w).

       Atau adakah tindakan Umar yang ingin membunuh siapa sahaja yang berkata Muhammad telah mati itu merupakan tindakan politik sehingga dia dapat melambat-lambatkan kepercayaan kaum Muslimin bahawa Nabi (S.a.w)  telah mati. Dan dengan ini perancanaannya dapat dilaksanakan sehingga segala-galanya diatur dengan baik. Sejurus kemudian dia diberitahu secara sulit bahawa perdebatan di Saqifah sedang berlaku. Lantas dia, Abu Bakar dan Abu Ubaidah meninggalkan jenazah Nabi (S.a.w)  menuju Saqifah tanpa diketahui oleh Bani Hasyim.
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

21. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang mahar (mas kahwin) yang tinggi, tetapi  Khalifah Umar telah melarang mahar (mas kahwin) yang tinggi. Dia berkata: Sesiapa yang menaikkan mahar anak perempuannya, aku akan mengambilnya dan menjadikannya milik Baitulmal. Sunnah Umar telah ditentang oleh seorang wanita lalu dia membaca firman Tuhan di dalam Surah al-Nisa' (4):20 "Sekiranya kamu telah memberikan kepada seorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambilnya kembali barang sedikitpun. Umar menjawab: "Orang ramai lebih alim daripada Umar sehingga gadis-gadis sunti di rumah-rumah. "[Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, II, hlm. 175; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 133) Kata-kata Umar itu tidak boleh difahami sebagai tawaduk, kerana ia melibatkan hukum Allah SWT.  Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

22. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),  nescaya mereka tidak mengharamkan haji tamattu', tetapi Khalifah Umar telah mengharamkan haji tamattu'. Ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) yang tidak pernah mengharamkannya [Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 233; al-Bukhari, Sahih, VII, hlm. 33] . Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

23. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka  melaksanakan hukum had ke atas Mughirah bin Syu'bah yang dituduh berzina dengan Umm Jamil, tetapi Khalifah Umar tidak melaksanakan hukum had ke atas Mughirah bin Syu'bah yang dituduh berzina dengan Umm Jamil isteri kepada Hajaj bin Atiq bin al-Harith bin Wahab al-Jusyami dengan berkata: Aku sedang melihat muka seorang lelaki di mana Allah tidak akan mencemarkan lelaki Muslim dengannya." Maka saksi tersebut tidak memberikan penyaksiannya yang tepat kerana mengikut kehendak Umar. Di dalam riwayat yang lain Umar memberi isyarat kepada saksi yang keempat supaya tidak memberika keterangan yang tepat. Keempat orang saksi tersebut telah memberi penyaksian yang tepat semasa mereka di Basrah.

       Tetapi Umar mengadakan pengadilan yang kedua di Madinah. Apabila saja saksi yang keempat tidak memberikan penyaksian yang tepat sebagaimana diberikannya di Basrah, maka Umar pun melakukan had ke atas tiga saksi tersebut. Seorang saksi bernama Abu Bakar berkata: Demi Allah, Mughirah telah melakukannya. Umar ingin mengenakan had ke atasnya kali kedua. Ali a.s berkata: Jika anda melakukannya maka rejamlah al-Mughirah bin Syu'bah tetapi dia enggan melakukannya. "[Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 448; Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 452; Ibn Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 407; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 88] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

24. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengintai satu kumpulan di rumah mereka di waktu malam dengan memasukinya melalui pintu belakang tanpa salam, tetapi  Khalifah Umar mengintai satu kumpulan di rumah mereka di waktu malam dengan memasukinya melalui pintu belakang tanpa salam. Kelakuannya itu adalah menyalahi firman-Nya di dalam Surah al-Hujurat (49):12: "Dan janganlah kamu mengintai-intai atau mencari-cari kesalahan orang lain."Dan firmanNya di dalam Surah al-Baqarah (2):189:"Dan masukilah rumah-rumah itu melalui pintu-pintunya." Dan firmanNya di dalam Surah al-Nur (24):27: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya."
Lantaran itu tindakannya adalah bertentangan dengan ayat-ayat tersebut.[al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, VI, hlm.93; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VIII, hlm. 334] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

25. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan supaya di rejam seorang wanita gila, tetapi Khalifah Umar telah memerintahkan supaya di rejam seorang wanita gila (yang berzina). Maka Ali (a.s) memperingatkannya dan berkata:"Qalam diangkat daripada orang gila sehingga dia sembuh."Umar pun berkata:"Sekiranya tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar. "[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, III, hlm. 39; al-Tabari, Dhakhair al-Uqba, hlm. 80] Justeru itu. mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

26. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka  membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi pusaka keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab, tetapi Khalifah Umar tidak membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi pusaka keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab. [Malik, al-Muwatta, II, hlm.12] Oleh itu ijtihad Umar adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w)  yang tidak membezakan  seseorang melainkan dengan takwa dan ianya juga mengandungi sifat asabiyah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Hujurat (49):10: "Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara." Dan Nabi (S.a.w)  bersabda: "Tidak ada kelebihan orang Arab ke atas bukan Arab melainkan dengan taqwa." [Al-Haithami, Majma'al-Zawa'id, III, hlm. 226] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

27. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengadakan korban (penyembelihan), tetapi Khalifah Umar tidak pernah mengadakan korban (penyembelihan) kerana khuatir kaum Muslimin akan menganggapnya wajib. [al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, IX, hlm. 265; Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 189] Sunnahnya adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w)yang menggalakkan amalan tersebut. Dan kaum Muslimin sehingga hari ini mengetahui ianya adalah sunat. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

28. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui tentang al-Qur'an, hukum halal-haram dan masalah pusaka, tetapi  Khalifah Umar mengakui bahawa dia tidak mengetahui tentang al-Qur'an, hukum halal-haram dan masalah pusaka. Dia berkata: "Siapa yang ingin bertanya tentang al-Qur'an, maka hendaklah dia bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab. Sesiapa yang ingin mengetahui halal dan haram, maka hendakah dia bertanya kepada Muadh bin Jabal. Sesiapa yang ingin mengetahui tentang ilmu faraidh, hendaklah dia bertanya kepada Zaid bin Thabit. Dan siapa yang ingin meminta harta maka hendaklah dia datang kepadaku kerana akulah penjaganya. [al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 271; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223; al-Baihaqi, al-Sunan, VI, hlm. 210] Ketiga-tiga ilmu tersebut dikuasai oleh orang lain. Dia hanya penjaga harta. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

29. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang kaum Muslimin memakan daging dua hari berturut-turut, tetapi Khalifah Umar melarang kaum Muslimin memakan daging dua hari berturut-turut. Dan dia telah memukul seorang lelaki yang melakukannya dengan cemeti. [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 161; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 68] Tindakan khalifah Umar adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-A'raf (7):32;  "Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapakah pula yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

30. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menakut-nakut dan menggertak seorang wanita supaya membuat pengakuan tentang perzinaannya, tetapi Khalifah Umar telah menakut-nakut dan menggertak seorang wanita supaya membuat pengakuan tentang perzinaannya. Lalu wanita tersebut membuat pengakuannya. Maka khalifah Umar memerintahkan supaya ia direjam. Lalu Ali (a.s) bertanya kepadanya: Tidakkah anda mendengar Rasulullah (S.a.w) bersabda: "Tidak dikenakan hukum had ke atas orang yang membuat pengakuan selepas ujian (bala') sama ada ia diikat, ditahan atau diugut? Oleh itu lepaskanlah dia.Maka Umar berkata: Wanita-wanita tidak terdaya untuk melahirkan seorang seperti Ali. Sekiranya Ali tidak ada nescaya binasalah Umar. [Fakhruddin al-Razi,  al-Araba'ain, hlm. 466; al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 48; al-Tabari Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 80] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

31. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka  mengetahui tempat untuk memulakan umrah, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui tempat untuk memulakan umrah. Kemudian dia berkata:"Tanyalah Ali."[al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 89; al-Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 195] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar  atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

32. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membakar perpustakaan, tetapi Khalifah Umar telah memerintahkan supaya perpustakaan-perpustakaan di Iran dan Iskandariah dibakar atau dicampakkan buku-bukunya ke laut. Ditanya kenapa dia memerintahkannya. Dia menjawab: Allah telah memberikan kepada kita hidayah yang lebih baik daripada itu.

       Perpustakaan-perpustakaan tersebut mengandungi banyak buku-buku ilmiah di dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu hisab, falak, hikmah, kedoktoran, dan lain-lain, tetapi khalifah Umar tidak menghargainya. [Ibn al-Nadim, al-Fihrist, hlm. 334; Ibn Khaldun, Tarikh, I, hlm. 32; Ibn al-Jauzi, Sirah al-Umar, hlm. 107] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

33. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),  nescaya mereka tidak memerintahkan supaya dipotong pokok bai'ah Ridhwan, tetapi Khalifah Umar memerintahkan supaya dipotong pokok bai'ah Ridhwan, kerana kaum Muslimin mengerjakan solat di bawah pokok tersebut bagi mengambil berkat. Apabila berita ini sampai kepada Umar dia memerintahkan supaya ianya dipotong. [Ibn Sa'd, Tabaqat al-Kubra, hlm.608; Ibn Jauzi, Sirah Umar, hlm. 107] Sepatutnya khalifah Umar menjaga pokok tersebut dengan baik sebagai satu peninggalan sejarah yang berharga. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

34. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengenakan zakat kuda, tetapi Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengenakan zakat kuda. Sunnhnya adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w)  : "Aku memaafkan kalian zakat kuda dan hamba." [al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm.26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal; al-Musnad, I, hlm. 62; al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa', I, hlm. 137]. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

35. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui hukum orang yang syak tentang rakaat solatnya, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui hukum orang yang syak tentang rakaat solatnya bagaimana hendak dilakukannya. Dia bertanya kepada seorang budak: Apabila seorang itu syak bilangan solatnya, apakah ia harus lakukan? Sepatutnya dia telah bertanya kepada Nabi (S.a.w)  mengenainya. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 190; al-Baihaqi, Sunan, II, hlm. 332]. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

36. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengharamkan memakai bauan (perfume) bagi orang yang mengerjakan haji sehingga mereka melakukan tawaf ifadhah, tetapi Khalifah Umar telah mengharamkan memakai bauan (perfume) bagi orang yang mengerjakan haji sehingga mereka melakukan tawaf ifadhah. Ijtihadnya adalah menyalahi Sunnah Rasulullah  di mana Aisyah berkata: Aku meletakkan bauan ke atas Rasulullah (S.a.w) sebelum beliau mengerjakan tawaf ifadhah. [Malik, al-Muwatta', I, hlm. 285; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 173; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 58; Muslim, Sahih, I, hlm. 330]. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

37. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka  mengetahui faedah Hajr al-Aswad, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui faedah Hajr al-Aswad. Dia berkata:  Hajr al-Aswad tidak memberi sebarang faedah dan kemudharatan." Sekiranya dia tidak melihat Rasulullah (S.a.w) mengucupnya, nescaya dia tidak mengucupnya. Kata-kata Khalifah Umar tersebut adalah menyalahi Sunnah Rasulullah (S.a.w), beliau bersabda: "Hajr al-Aswad diturunkan dari Syurga warnanya putih seperti susu. Tetapi ianya bertukar menjadi hitam disebabkan dosa manusia." Dan sabdanya lagi: "Demi Allah.Dia akan membangkitkannya di Hari Kiamat, ianya mempunyai dua mata dan satu lidah yang akan bercakap dan memberi penyaksian kepada orang yang telah mengucupnya". [al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 180; al-Nasa'i, Sahih, II, hlm. 37; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 3]. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

38. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka  memberi khums kepada kerabat Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Umar tidak memberi khums kepada kerabat Nabi (S.a.w)  . Sunnah Umar adalah menyalahi firman-Nya dalam Surah al-Anfal 8:41 dan berlawanan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) [al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 127; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 248]. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

39. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),  nescaya mereka tidak berkata bahawa memukul isteri tidak akan dikenakan dosa, tetapi Khalifah Umar berkata bahawa memukul isteri tidak akan dikenakan dosa. Dia mengaitkan kata-kata ini dengan Rasulullah(S.a.w). [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 20], sebenarnya ianya bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah an-Nahl 16:90: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allahmelarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan". Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

40.  Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),  nescaya mereka tidak melarang hadis "khabar gembira" bahawa setiap orang  yang mengucapkan dua kalimah syahadat dengan yakin, akan masuk syurga. Tetapi Khalifah Umar melarang hadis "khabar gembira" bahawa setiap orang  yang mengucapkan dua kalimah syahadat dengan yakin, akan masuk syurga. Kerana dia khuatir kaum Muslim hanya mengucap dua kalimah syahadat kemudian meninggalkan amalan lain. Dia berkata kepada Rasulullah (S.a.w) : Adakah anda mengutuskan Abu Hurairah dengan khabar tersebut? Rasulullah menjawab:Ya. Umar berkata kepada Rasulullah (S.a.w): "Janganlah anda melakukannya". [Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 38; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 108]. Sepatutnya dia tidak melarang Nabi (S.a.w)  untuk melakukannya. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

41. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui apakah bacaan Nabi (S.a.w)  di dalam solat Hari Raya, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui apakah bacaan Nabi  (S.a.w)  di dalam solat Hari Raya. [Muslim, Sahih, I, hlm, 242; Abu Daud, Sunan, I, hlm. 180; Malik, al-Muwatta', I, hlm. 147; Ibn Majah, Sunan, I, hlm. 388; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 106; al-Nisa'i, Sahih, III, hlm. 184]. Sepatutnya dia mengetahui surah-surah yang dibaca oleh Nabi (S.a.w) di dalam solat Hari Raya. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

42. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),  nescaya mereka tidak melarang kaum Muslimin berpuasa pada bulan Rajab, tetapi Khalifah Umar melarang kaum Muslimin berpuasa pada bulan Rajab. Dia berkata: "Apa itu bulan Rajab? Bulan Rajab hanya bulan yang dimuliakan oleh orang-orang Jahiliyah. Dan apabila datang agama Islam, ianya ditinggalkan. Sebenarnya Khalifah Umar tidak mengetahui kelebihan bulan Rajab. Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulllah (S.a.w)  yang menggalakkan setiap Muslim supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, termasuk bulan Rajab. [al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 215; Muslim, Sahih, I, hlm. 318; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 326; Abu Daud, Sunan, I, hlm. 381] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

43. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka  telah membunuh Dzu al-Thadyah (ketua Khawarij), tetapi Khalifah Umar tidak membunuh Dzu al-Thadyah (ketua Khawarij) sedangkan Rasulullah (S.a.w) telah memerintahkannya supaya membunuhnya. Dia berkata: Bagaimana aku membunuh lelaki yang sedang sujud?" Kemudian Rasulullah (S.a.w) bertanya lagi: Siapa lagi yang akan membunuhnya? Ali menjawab: Aku." Nabi (S.a.w)  bersabda: "Sekiranya anda mendapatinya. Ali pun pergi tetapi tidak mendapatinya. Nabi (S.a.w)  bersabda: "Sekiranya lelaki itu dibunuh, tidak akan ada dua lelaki yang berselisih faham." [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 15]

       Sepatutnya Khalifah Umar membunuhnya tanpa mengambil kira keadaannya kerana Rasulullah (S.a.w) telah memerintahkannya, tetapi dia menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah Rasulullah (S.a.w). Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

44. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),  nescaya mereka boleh memahami ungkapan-ungkapan yang tinggi, tetapi Khalifah Umar tidak boleh memahami ungkapan-ungkapan yang tinggi. Dia bertanya kepada seorang lelaki: Bagaimana keadaan anda? Lelaki itu menjawab: Aku adalah di kalangan orang yang mencintai fitnah, membenci al-Haqq dan memberi penyaksian kepada orang yang tidak dilihat."Lalu dia memerintahkan supaya lelaki itu ditahan. Maka Ali a.s menyuruh supaya ianya dilepaskan seraya berkata: Apa yang diucapkan oleh lelaki itu adalah benar. Umar berkata: Bagaimana anda dapat mengatakan ianya benar? Ali (a.s) menjawab: Dia mencintai harta dan anak sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Anfal(8):28:  "Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai fitnah." Dan dia membenci kematian maka ia adalah al-haqq. Dan dia memberi penyaksian bahawa Muhammad adalah Rasulullah sekalipun dia tidak melihatnya.Kemudian Umar memerintahkan supaya ia dilepaskan Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah, hlm.46]. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

45. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menjatuhkan airmuka Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Umar telah menjatuhkan airmuka Nabi (S.a.w)  di hadapan Musyrikin yang datang berjumpa Nabi (S.a.w)  supaya mengembalikan hamba-hamba mereka yang lari dari mereka. Musyrikin berkata: Hamba-hamba kami telah datang kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada agama, tetapi mereka lari dari menjadi milik kami dan harta kami. Justeru itu, kembalilah mereka kepada kami. Lebih-lebih lagi kami adalah jiran anda dan orang yang membuat perjanjian damai dengan anda.Walau bagaimanapun Rasulullah (S.a.w)  tidak mahu menyerahkan hamba-hamba tersebut kepada mereka kerana khuatir mereka akan menyiksa hamba-hamba tersebut, tetapi beliau tidak mahu mendedahkan hakikat ini kepada mereka. Lalu Rasulullah (S.a.w) bertanya kepada Umar. Maka Umar menjawab: Benar kata-kata mereka itu wahai Rasulullah. Mereka itu adalah jiran kita dan mereka telah membuat perjanjian damai dengan kita. Maka muka Nabi (S.a.w)  berubah kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki oleh Nabi (S.a.w). [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm.155; al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm. 11] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

46. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menjadikan mahar wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya untuk Baitulmal, tetapi Khalifah Umar menjadikan mahar wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya untuk Baitulmal. Kemudian dia memisahkan pasangan tersebut dan berkata: Nikah adalah haram, mahar adalah haram dan kedua-duanya tidak boleh berkahwin lagi. Ali berkata: Sekiranya lelaki itu tidak mengetahuinya, wanita tersebut berhak mengambil maharnya dan dipisahkan pasangan tersebut. Dan apabila tamat ‘iddahnya dia menjadi peminangnya. Di dalam ertikata yang lain dia hendaklah menyempurnakan iddahnya yang pertama kemudian menyempurnakan pula iddahnya yang kedua. Lalu Umar berkata: Kembalikan"  "kejahilan" kepada Sunnah. [Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 441; al-Tabari,  Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 81]

       Persoalan yang timbul ialah kenapakah dia menjadikan mahar hal Baitulmal dan bukan hak wanita tersebut dan kenapakah dia mengharamkan wanita tersebut ke atas lelaki tersebut? Manakah ayat atau Sunnah yang membolehkan khalifah Umar melakukan sedemikian? Oleh itu ijtihadnya adalah menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w). Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

47. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mempelajari Surah al-Baqarah di dalam masa yang singkat,apatah lagi jika seorang itu seorang pemimpin, tetapi Khalifah Umar telah mempelajari Surah al-Baqarah selama dua belas tahun. Dan apabila dia selesai mempelajarinya (khatam), dia menyembelih beberapa ekor unta.[al-Qurtubi, Ahkam al-Qur'an, I, hlm. 34; al-Durr al-Manthur, I, hlm. 21] Oleh itu untuk mempelajari kesemua al-Qur'an dia memerlukan kepada masa yang lebih lama. Ini sebelum khalifah Umar menjadi seorang yang pelupa, kadangkala dia melupai bilangan raka'at sembahyang, lalu dia menyuruh seorang lelaki berdiri di hadapannya bagi memberikan isyarat kepadanya supaya dia berdiri ataupun rukuk, kemudian dia melakukannya. [Ibn Jauzi, Sirah Umar , hlm. 135; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 110] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w). malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

48. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menjadikan "enam jengkal" sebagai ukuran baligh, tetapi Khalifah Umar telah menjadikan "enam jengkal" sebagai ukuran baligh. Dia berkata: Sekiranya kalian mendapati budak lelaki yang mencuri itu setinggi enam jengkal (sittah asybar) genap, maka kalian potonglah tangannnya, jika tidak tinggallah dia."

       Di riwayatkan daripada Sulaiman bin Yasar, Sesungguhnya Umar mendatangi seorang budak lelaki yang telah mencuri, lalu dia mengukur budak tersebut, tetapi ianya tidak mencukupi enam jengkal tepat lalu ditinggalkannya."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 116]

       Oleh itu sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w) yang menetapkan baligh melalui ihtilam (mimpi) dan tumbuh bulu di kemaluan.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, V, hlm. 54-55].Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

49. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),  nescaya mereka tidak menyesali menjadi seorang manusia, tetapi Khalifah Umar telah menyesali menjadi seorang manusia.Dia berkata:"Alangkah beruntungnya jika aku menjadi seekor kambing keluargaku. Mereka menggemukkan aku seperti yang mereka suka. Kemudian aku menjadi makanan kepada orang yang menyukainya. Mereka menghiris sebahagian dariku dan memanggang sebahagian yang lain. Kemudian mereka memakan aku dan mereka mengeluarkan aku sebagai najis dan aku tidak menjadi manusia lagi."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI,hlm. 345; Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, III, hlm. 131; Abu Nu'im, Hilyah al-Auliya', I, hlm. 52]

       Sepatutnya khalifah Umar tidak mengeluarkan kata-kata tersebut kerana ianya bertentangan dengan Surah al-Tin (95):4: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika dia benar seorang wali Allah kenapa dia menyesal menjadi manusia, sedangkan Allah telah memberi jaminan di dalam Surah Yunus (10):62: "Ingatlah, sesungguhnya walil-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati." Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

50. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menghentikan pemberian zakat kepada muallaf, tetapi Khalifah Umar telah menghentikan pemberian zakat kepada muallaf.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm. 137 dan lain-lain. Tindakan ini adalah bertentangan dengan al-Qur'an Surah al-Taubah (4):60, "Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untukorang-orang faqir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya...." Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

51. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),  nescaya mereka tidak memohon keizinan 'Aisyah supaya ianya disemadikan di sisi Rasulullah (S.a.w), tetapi Khalifah Umar memohon keizinan 'Aisyah supaya ianya disemadikan di sisi Rasulullah (S.a.w), lalu 'Aisyah menyetujui permohonannya.[al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 266] Persoalannya kenapakah dia memohon izin daripada 'Aisyah? Adakah 'Aisyah menerima pusaka Rasulullah (S.a.w)? Dimana kata-kata "Kami para Nabi tidak meninggalkan pusaka? Jika beliau meninggalkan pusakanya tidakkah pewaris-pewaris anak perempuannya lebih berhak daripada 'Aisyah kerana saham 'Aisyah hanya sepersembilan daripada seperlapan? Nampaknya khalifah Umar sudah tidak mempercayai kata-kata"Kami para Nabi tidak meninggalkan pusaka." Lantas dia memohon izin daripada 'Aisyah. Sepatutnya dia memohon izin dari pewaris-pewaris Fatimah (a.s) yang mempunyai hak yang lebih banyak daripadanya. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

52. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak gelisah dan takut bagi menghadapi Allah (swt), tetapi Khalifah Umar mengakui kegelisahan dan ketakutannya bagi menghadapi Allah (swt). Ibn Abbas berkata kepadanya selepas dia ditikam Wahai Amiru l -Mukminin tidakkah anda telah bersahabat dengan Rasulullah dan persahabatan anda dengannya adalah baik. Kemudian beliau meninggalkan anda di dalam keadaan redha terhadap anda. Kemudian anda bersabahat pula dengan Abu Bakar, maka persahabatan anda dengannya adalah baik, dia meninggalkan anda di dalam keadaan reda terhadap anda.

       Kemudian anda bersahabat dengan sahabat-sahabat mereka, maka persahabatan anda adalahbaik dan sekiranya anda meninggalkan mereka, maka mereka meredhai anda."Umar menjawab: "Adapun apa yang andasebutkan tadi tentang persahabatan dengan Rasulullah dan keredhaannya, ianya merupakan satu kurniaan daripada Allah (swt) yang dilimpahkan kepadaku. Adapun apa yang anda sebutkan tentang persahabatan dengan Abu Bakar dan keredhaannya, maka ianya juga satu kurniaan daripada Allah (swt) yang dilimpahkan kepadaku. Tetapi apa yang anda lihat tentang kegelisahan dan ketakutanku adalah kerana anda dan para sahabat anda. Demi Allah sekiranya aku mempunyai segunung emas, nescaya aku menebus diriku dengannya dari azab Allah sebelum aku menemui-Nya." [al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 201] Sikap sedemikian telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam Surah Yunus (10):54:"Dan kalau setiap diri yang zalim itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu..."

       Dan sekiranya dia seorang wali Allah, dia tidak perlu khuatir dengan azab Allah (swt). Kerana Dia berfirman di dalam Surah Yunus (10): 62: Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan selalu bertaqwa bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat Allah yang demikian itu adalah kemenangan yang besar."

       Pengakuan sedemikian telah dilakukan juga oleh khalifah Abu Bakar, al-Barra bin 'Azib, 'Aisyah dan Anas bin Malik. Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 74 meriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata: Tidak ada suatupun yang aku ketahui di zaman Nabi (S.a.w) lebih baik dari sembahyang (solat). Dia berkata: Tidakkah kalian telah menghilangkan sesuatu padanya? Dan al- zuhuri berkata: Aku berjumpa Anas bin Malik di Damsyik ketika itu dia sedang menangis.

       Aku bertanya kepadanya: Apakah yang menyebabkan anda menangis? Dia menjawab: Aku tidak mengetahui sesuatupun selain dari sembahyang (solat) itupun telah dihilangkan." Al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 154 dan Muslim, Sahih, I, hlm. 260, meriwayatkan bahawa khalifah Uthman dan 'Aisyah telah mengubah Sunnah Rasulullah (S.a.w) mengenai sembahyang. Kerana mereka mengerjakan sembahyang empat rakaat (itmam) di Mina sedangkan Rasulullah (S.a.w) mengerjakan sembahyang dua rakaat (qasr) di Mina.

       Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya,I, hlm. 122 meriwayatkan daripada Abi Sa'id al-Khudri, dia berkata: "Rasulullah (S.a.w)  keluar sembahyang di hari Aidilfitri dan Aidiladha ke masjid, kemudian beliau berjumpa dengan orang-orang di barisan depan. Kemudian beliau mulai berkhutbah menasihati mereka, menyuruh mereka atau menyelesaikan isu-isu semasa. Dan selepas itu  beliaupun pergi. "Abu Sa'id berkata: "Cara demikian berterusan sehingga pada suatu hari aku keluar bersama Marwan gabenor Madinah pada masa itu, ke masjid yang mempunyai mimbar yang dibina oleh Kathir bin al-Salt.

       Marwan terus menuju ke mimbar tersebut sebelum bersembahyang. Kemudian aku menarik kainnya, tetapi dia menolakku dan terus ke mimbar dan memberi khutbah kepada orang ramai sebelum dia bersembahyang. Maka akupun berkata kepadanya: Demi Allah, kalian telah mengubah Sunnah Rasulullah. Dia menjawab: Wahai Abu Sa'id, apa yang anda ketahui telah hilang begitu sahaja.Aku menjawab:Apa yang aku ketahui adalah lebih baik, demi Allah, daripada apa yang aku tidak mengetahuinya. Marwan berkata: Orang ramai tidak akan duduk mendengar khutbah kita selepas sembahyang. Justeru itu, aku jadikannya (khutbah) sebelum sembahyang."

       Oleh itu pengakuan-pengakuan tersebut membuktikan bahawa sahabat bukan semuanya adil. Malah ada yang mengubah Sunnah Rasulullah (S.a.w). Dan mungkin inilah yang membuatkan mereka merasa khuatir terhadap azab Allah (swt). Dan mereka mengakui bahawa tidak ada keistimewaan menjadi sahabat Rasulullah (S.a.w)  jika mereka mengubah Sunnahnya pula. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

53. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berhasrat untuk melantik Salim hamba Abu Huzaifah, tetapi Khalifah Umar berhasrat untuk melantik Salim hamba Abu Huzaifah menjadi khalifah sekiranya ia masih hidup. Oleh itu kata-katanya adalah bertentangan dengan kata-katanya yang menyokong Abu Bakar di Saqifah. Para imam mestilah daripada Quraisy kerana Salim adalah seorang hamba dan dia bukanlah daripada Quraisy.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm.19]. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

54. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) nescaya mereka tidak menghukum rejam ke atas wanita yang mengandung selama enam bulan, tetapi  Khalifah Umar telah menghukum rejam ke atas wanita yang mengandung selama enam bulan, kemudian melahirkan anak.Lalu Ali (a.s) membantahnya dan membacakan firman Allah (swt) di dalam Surah al-Ahqaf (46):15: Ibunya mengandungkannya sampai menyusunya adalah tiga puluh bulan" dan firmanNya di dalam Surah Luqman (31):14:"Penyusuannya selama dua tahun."

Oleh itu "mengandung" sekurang-kurangnya ialah enam bulan dan penyusuannya ialah selama dua tahun. Kemudian Umar menarik balik hukumannya dan berkata: "Sekiranya tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar. [al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 96; al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 82, dan lain-lain]. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

55. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengenakan hukum had ke atas Ja'dah dari Bani Sulaim tanpa saksi yang mencukupi, tetapi Khalifah Umar telah mengenakan hukum had ke atas Ja'dah dari Bani Sulaim tanpa saksi yang mencukupi. Dia memadai dengan sepucuk surat yang mengandungi syair mengenai perzinaannya yang dihantar oleh Buraid. [Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 205] Lantaran itu ijtihadnya adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah (S.a.w) yang memerlukan empat orang saksi atau pengakuan secara sukarela. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

56. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mempunya sifat keberanian yang unggul dan tidak lari di dalam peperangan, tetapi Khalifah Umar telah lari di dalam peperangan Uhud, Hunain, dan Khaibar.[al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 46; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.37; al-Dhahabi, al-Talkhis, III, hlm. 37 dan lain-lain] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

57. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil separuh dari harta kekayaan gabenor-gabenornya kerana dia mengesyaki mereka melakukan pecah amanah terhadap Baitulmal, tetapi Khalifah Umar telah mengambil separuh dari harta kekayaan gabenor-gabenornya kerana dia mengesyaki mereka melakukan pecah amanah terhadap Baitulmal. Persoalan yang timbul, sekiranya harta tersebut adalah hasil dari kecurian dari Baitulmal, maka ianya wajib dikembalikan kesemuanya, dan bukan dengan cara membahagi dua. Dan mereka pula wajib dipecat daripada jawatan tersebut kerana mereka telah melakukan pecah amanah, tetapi khalifah Umar tidak memecat kesemua mereka. Dan sekiranya harta tersebut diusahakan oleh mereka melalui jalan yang halal seperti perniagaan atau seumpamanya, maka dia tidak harus mengambil daripada mereka. Kerana tidak halal mengambil harta seorang Muslim melainkan dengan keredaannya. Malah dia telah mengambilnya daripada mereka secara paksaan.[Ibn Abil Hadid, Syarh Nahjal-Balaghah, III, hlm. 163] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

58. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memaafkan gabenornya Muawiyah di Syam dari membahagi dua hartanya, tetapi Khalifah Umar telah memaafkan gabenornya Muawiyah di Syam dari membahagi dua hartanya. Sedangkan Muawiyah dikenali sebagai seorang yang mengambil harta Baitulmal Muslimin, tetapi sebaliknya mempertahankan kedudukannya dengan mengatakan bahawa dia adalah kisra Arab. Sedangkan Nabi (S.a.w) telah memarahinya dan bapanya. Sepatutnya dia tidak melantiknya sebagai gabenor di Syam kerana orang lain lebih layak daripadanya. [al-Tabari, Tarikh, XI, hlm. 357] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

59. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan rejam wantia yang sedang hamil kerana melakukan zina, tetapi Khalifah Umar telah memerintahkan rejam wantia yang sedang hamil kerana melakukan zina. Ali (a.s) membantahnya dan berkata: Sekiranya anda mempunyai kuasa ke atasnya tetapi anda tidak mempunyai kuasa ke atas janinnya. Kemudian Umar berkata: Setiap orang adalah lebih alim daripadaku. [al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 81] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

60. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menjalankan hukum had  kali kedua ke atas  satu kesalahan yang yang dilakukannya, tetapi Khalifah Umar telah menjalankan hukum had ke atas Abdu r-Rahman pada kali kedua kerana meminum arak. Sebenarnya Umru bin al-'As telah menjalankan hukum had keatasnya di Mesir dan disaksikan oleh anaknya,  Abdullah bin Umar, tetapi khalifah Umar tidak mengindahkannya. Kemudian dia memukulnya pada kali kedua: Abdu r-Rahman melaung meminta tolong sambil berkata: "Aku sedang sakit, demi Tuhan, anda (Umar) adalah pembunuhku." Dan selepas dia menjalankan had keatasnya dia menahannya pula selama sebulan, kemudian dia meninggal dunia. Sepatutnya dia tidak mengenakan had keatasnya pada kali kedua dan menunggu sehingga dia sembuh dari sakitnya serta tidak menahannya pula.[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, III, hlm. 470; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VI, hlm. 450; Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 127] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

61. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui ilmu faraidh. Tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui ilmu faraidh. Dia berkata: Sesiapa yang ingin bertanya tentang ilmu faraidh, maka hendaklah dia bertanya kepada Zaid bin Thabit. Dan sesiapa yang ingin harta, hendaklah dia memohon kepadaku kerana aku adalah penjaganya."[al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 271; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment