Tuesday, October 18, 2011

SOLAT AHLUL BAIT



Salam dan Solawat. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Sekarang sampailah giliran saya membincangkan tentang segala hal yang berkaitan dengan solat, insyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya agar mesej ini dapat difahami oleh setiap orang.
Seperti biasa, apa yang saya terangkan di sini sekadar meliputi perkara umum tentang perlaksaan solat, untuk lebih detail, anda semua perlulah merujuk kepada marja’ masing-masing.
Saya mulakan dengan sedikit hadis dari Rasulullah(sawa) tentang solat. Rasulullah(sawa) bersabda:

“Untuk setiap sesuatu ada mukanya, dan muka untuk agama kamu ialah solat. Pastikan tiada di antara kamu mencemar dan merosakkan muka agama kamu ini.”

“Jika solat kamu diterima, maka setiap amal kamu akan diterima.”
Sumber: Bihar al Anwar, Jilid 82, ms 209.)


Syarat-syarat Sah Solat
Beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum sesuatu solat itu dianggap sah.
  1. Masa: Solat mesti ditunaikan mengikut masa yang ditetapkan.
  2. Qiblat: Solat ditunaikan dengan menghadapkan diri ke arah qiblat.
  3. Pakaian: Mestilah mubah(halal cara perolehannya), Tahir(suci dari najis) dan mematuhi beberapa syarat lain.
  4. Tempat Solat: Juga mesti mubah, tahir dan mematuhi beberapa syarat lain.
  5. Taharat(suci): Badan dan segala anggotanya mestilah dalam keadaan suci dari sebarang najis, dalam keadaan wudhuk atau ghusl jika perlu, atau jika tidak boleh keduanya, mestilah bertayamum.
Kepentingan Mubah
Dalam fiqh mazhab Ahlulbait, status mubah adalah sangat-sangat penting kerana ia menentukan sah atau tidak solat kita. Perhatian khusus hendaklah diberikan kepada pakaian yang dipakai ketika solat, tempat kita solat, dan air yang kita gunakan untuk wudhuk atau ghusl.

Antara contoh perkara yang tidak mubah:

1. Air yang kita gunakan untuk berwudhuk milik orang lain dan kita tidak meminta keizinan tuannya, maka wudhuk itu batal, dan sekaligus solatnya.

2. Pakaian yang kita pakai wajib khumus, tetapi kita tidak membayarnya, maka solat kita batil.

3. Kita menjadi tetamu di suatu rumah, dan kita tidak meminta izin untuk solat, lalu kita bersolat di rumah kita menumpang itu tanpa keizinan, maka batil.

Sila ambil perhatian tentang perkara ini.


Pakaian yang makruh untuk dipakai ketika Solat:
  1. Pakaian dengan gambar makhluk
  2. Cincin atau perhiasan yang mempunyai gambar makhluk.
  3. Pakaian hitam, kecuali yang digunakan ketika Azadari
Pakaian Yang Tidak Makruh:
  1. Serban hitam(amama)
  2. Jubah hitam yang dipakai oleh para ulama
  3. Sarung kaki hitam
  4. Chador, sebuah kain hitam yang digunakan untuk menutupi badan.
  5. Untuk kaum wanita, adalah digalakkan memakai sedikit perhiasan ketika solat
Waktu untuk menunaikan solat:

Untuk memastikan solat kita diterima dan sempurna, adalah sangat-sangat wajib, untuk kita mengetahui waktu-waktu solat dengan menimba ilmu tentang terbenam matahari, tengah malam,  muncul matahari(subuh), naiknya matahari, dan tengah hari.

Terbenam Matahari:


Terbenam matahari dapat dibahagikan kepada 2 jenis:
  • Yang diwar-warkan oleh media atau jabatan astrologi(waktu solat mengikut Mazhab Syafi’i, seperti di Malaysia)
  • Waktu terbenam Syiah, iaitu 10-12 minit selepas waktu solat mengikut mazhab Syafi’i..
Antara ciri-ciri lain matahari terbenam Mazhab Syiah ialah:
  1. Apabila matahari di ufuk barat hanya tinggal sedikit, dan mega merah berada rendah di ufuk barat.
  2. Datang tanda-tanda malam di langit timur iaitu, tiada lagi kemerah-merahan di langit tegak atas kepala kita .
  3. Apabila diletakkan benang dihadapan kita, dan kita sudah sukar untuk melihat benang itu, maka matahari dikatakan sebagai terbenam.
  4. Saya lebih prefer memerhatikan sendiri tanda-tanda ini dari hanya bergantung kepada jam sebagai ihtiyat.
Antara sebab perbezaan utama waktu Maghrib mengikut Syafi’i dan  Syiah ialah kerana Imam Syafi’i mengambil Maghrib ketika matahari MULAterbenam(masih cerah) sementara Syiah mengambil Maghrib ketika matahari telah HABIS TERBENAM.

Tengah Malam ialah waktu pertengahan antara terbenam matahari Islam  dan terbit fajar. Mengikut Ayatollah Sistani, Khomeini dan Khamenei.

Tengah Hari ialah waktu pertengahan antara naiknya matahari dan terbenam matahari mengikut semua Mujtahid.


Waktu Maghrib dan Isyak
  • Waktu untuk solat maghrib dan Isyak ialah antara terbenam matahari Islam dan tengah malam.
  • Waktu untuk solat Isyak bermula selepas selesai menunaikan solat maghrib.
  • Adalah satu dosa melambat-lambatkan solat maghrib dan Isyak hingga selepas tengah malam tanpa sebarang sebab yang munasabah(contohnya dalam musafir)
  • Maghrib dan isyak menjadi qadha apabila masuk subuh, dan menjadi satu dosa jika tiada sebab munasabah.
  • Waktu yang mempunyai pahala yang paling banyak untuk solat maghrib ialah jika kita menunaikannya tidak lebih dari tempoh waktu 35-45 minit selepas masuk waktu maghrib.
  • Waktu fadhilat isyak pula kekal dari selepas solat maghrib, sehingga permulaan 1/3 malam.

Waktu Subuh:
  • Waktu subuh bermula apabila terbit fajar, disepakati oleh semua mazhab, kecuali Maliki. Bagaimanapun, lebih elok jika kita menunggu sepuluh minit selepas azan bagi menambah keyakinan kita tentang masuknya waktu subuh.
  • Subuh menjadi solat qada apabila matahari telah naik,(orang-orang tua kata subuh gajah dalam bahasa utara.)
Waktu Zuhur dan Asar:
  • Waktu zuhur bermula di waktu tengah hari, iaitu apabila matahari telah tergelincir ke arah barat, seperti juga Sunni, tetapi saya lebih suka mengambil ihtiyat melambatkan sedikit 10-20 minit, kaji marja’ masing-masing.
  • Waktu Asar pula ialah selepas menunaikan solat Zuhur, sehinggalah matahari terbenam.
  • Mengikut Ayatollah al Khoie, waktu terbaik untuk Zuhur ialah tidak lebih dari 1 jam setengah selepas masuknya waktu.
Waktu bermula puasa:
  • Waktu memulakan puasa ialah dari waktu subuh hinggalah terbenam matahari Islam, mengikut semua Mujtahid.
  • Oleh kerana sukar untuk menentukan waktu terbit fajar, ambil ihtiyat memulakan puasa(berhenti makan dan minum) 10 minit sebelum waktu subuh.
Salam’alaikum. Artikel ini hanya menunjukkan cara-cara asas perlaksanaan solat yang diajar oleh Aimmah(as). Untuk permasalahan yang lebih detail, sila rujuk para marja’ masing-masing.
Beberapa peringatan sebelum solat
  • Untuk solat zuhur dan asar, maka semua bacaan hendaklah tidak di ziharkan(dikuatkan), atau semua bacaan hendaklah hanya dengan suara berbisik, sekurang-kurangnya didengari oleh diri sendiri, suara bisikan itu. Bacaan Bismillahirrahmanirrahim, sunat di ziharkan. Sebarang bacaan yang tidak sepatutnya diziharkan, tetapi dikuatkan dengan sengaja, maka ia membatalkan solat.
  • Untuk solat maghrib,isya’ dan subuh, maka segala bacaan perlu diziharkan termasuklah bacaan zikir ketika rukuk dan sujud, kecuali untuk bacaan Tasbih al Arba’ah selepas rakaat kedua, yang akan dibincangkan sebentar lagi. Sebarang bacaan yang wajib diziharkan, tetapi tidak dilakukan akan membatalkan solat.
  • Untuk setiap kali takbir, adalah mustahab untuk mengangkat tangan, seperti takbiratul ihram.
1. Pertama sekali, berdirilah dengan tegak, menghadap Qiblat. Niatkan di dalam hati berkenaan dengan solat yang ingin anda lakukan, fardhu atau mustahab, serta nama solat, maghrib,isyaj,subuh,dll, atau jenis solat mustahab yang ingin dilakukan, seperti istigfar,taubat, witir dan lain-lain.
http://www.shia-explained.com/wp-content/uploads/2010/12/DSC_0015-516x1024.jpgTenang, berdiri tegak dan niat 
2. Angkatlah tangan sehingga ke telinga, dalam keadaan tapak tangan menghadap qiblat, seraya dengan itu, ucapkan
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu Akbar(Allah Maha Besar dari segalanya).


  1. Kembalikan semula tangan di sisi kanan dan kiri, rapatkan jari-jari kita. Kemudiannya bacalah surah al Fatihah, seperti berikut:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Segala puji hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ
Raja hari pembalasan
إيَّاكَ نَعْبُدُ وَ إيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
Hanya kepadaMu kami sembah dan memohon pertolongan
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.(mengikuti Ahlulbait)
صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
iaitu jalan orang-orang yang Kau beri nikmat(Ahlulbait)
غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيْنَ
bukanlah jalan orang-orang Kau murkai dan orang-orang yang sesat.


4. Kemudian, sambunglah dengan bacaan surah-surah yang lengkap, ingat, baca surah yang lengkap sahaja, pembacaan surah-surah sekerat akan membatalkan solat fardhu, bagaimanapun, untuk solat-solat mustahab yang tertentu, adalah dibenarkan.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ
Katakanlah(wahai Muhammad) Allah itu Satu
اللهُ الصَّمَدُ
Hanya Allah sahaja yang kita perlukan
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ
Tidak beranak juga tidak diberanakkan
وَ لَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Dan tiada apa yang menyerupaiNya


5. Setelah selesai, ucapkan takbir, dan terus rukuk, iaitu satu posisi di mana badan dibongkokkan sehingga tangan boleh memegang kepala lutut. Setelah berada dalam keadaan ini, ucapkan zikir rukuk:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku, yang maha Agung, dan segala kepujian untukNya.
Cukup sekadar baca sekali sahaja, bagaimanapun, adalah sangat-sangat mustahab bagi kita untuk mengulangi bacaan ini atau dengan apa-apa zikir lain seperti Subhanallah , atau dengan bersolawat ke atas Nabi dan keluarga baginda.



6. Setelah selesai membaca zikir untuk rukuk, kembali semula ke posisi berdiri tegak. Semasa anda bergerak semula ke posisi berdiri tegak ini, ucapkan:
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Didengari oleh Allah siapa yang memujiNya
7. Ucapkan takbir, kemudian terus ke posisi sujud.

Sila ambil perhatian: Syarat-syarat tempat sujud, yang diriwayatkan oleh para Aimmah(as), ialah seperti berikut.
  1. Tanah dan batu
  2. Benda atau hasil yang keluar dari tanah yang tidak digunakan untuk dibuat makanan dan pakaian.
Cukup sekadar bahagian dahi sahaja yang bersentuhan dengan bahan-bahan sujud ini. Bagaimanapun adalah mustahab jika menyertakan sekali dengan hidung.

Telapak tangan mestilah menyentuh lantai, dirapatkan jari-jari menunjuk ke arah kiblat.
Kaki mesti ditegakkan dengan jari-jarinya terpacak di atas lantai

Zikir untuk sujud adalah seperti berikut:
سُبْحًانَ رَبِّيَ اْلأعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha suci Tuhan, yang Maha Tinggi dan pujian ke atasNya.








8. Dari posisi sujud, bangun ke posisi duduk. Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud(dads). Duduklah dalam keadaan kaki kanan berada di atas telapak kaki kiri.


Ketika posisi ini, tiada zikir yang diwajibkan, bagaimanapun mustahab kita memohon keampunan pada Allah swt dengan mengucapkan
أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبِّيْ وَ أتُوْبُ إلَيْهِ
Aku memohon keampunan dari Allah dan kepadaNya aku bertaubat.


9. Setelah selesai membaca, ucapkan takbir, dan teruskan semula ke posisi sujud, serta ulangi bacaab zikir ketika sujud seperti di (7).

10. Kemudian, pulang semula ke posisi dads, duduk sejenak(kurang 1 saat) angkat takbir, dan terus berdiri tegak semula. Ketika mahu berdiri itu, lafazkan(mustahab)
بِحَوْلِ اللهِ وَ قُوَّتِهِ أَقُوْمُ وَ أَقْعُدُ
Dengan kekuatan Allah aku berdiri dan aku duduk.

11. Apabila telah berdiri, ulangi semula langkah (3) dan (4), setelah selesai, angkat tangan untuk berdoa, dengan keadaan tangan berada di depan muka. Bacalah apa sahaja doa di dalam bahasa Arab. Untuk solat fardhu, adalah diwajibkan untuk membaca qunut dalam bahasa Arab, manakala untuk solat mustahab(melainkan solat sunat tertentu) dibenarkan untuk melakukan pembacaan doa qunut di dalam bahasa masing-masing.
Posisi Qunut 

12. Setelah selesai pembacaan qunut, jatuhkan tangan semula, dan laksanakan langkah (6) hingga (9), iaitu rukuk hinggalah sujud yang kedua, apabila selesai bangun dari sujud kedua, terus ke posisi duduk, dan mulakan bacaan Tasyahud. Bacaannya seperti berikut:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكََ لَهُ وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ، أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَ آلِ مُحَمَّدٍ
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, yang satu dan tiada sekutunya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan RasulNya. Ya Allah, sampaikankah solawat pada Muhammad dan keluarga Muhammad.

PERINGATAN BAGI TASYAHUD RAKAAT TERAKHIR
Jika anda sedang solat subuh maka ini merupakan rakaat terakhir anda. Bagi rakaat terakhir, selepas habis membaca tasyahud, maka haruslah terus disambung dengan bacaan salam, seperti berikut:
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَ رَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَاتُهُ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَ عَلىَ عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَاتُهُ
Setelah selesai ucapkanlah takbir 3x.







SAMBUNGAN BAGI SOLAT MAGHRIB, ISYA’, ZUHUR DAN ASAR

Untuk rakaat seterusnya, segala langkah adalah sama kecuali,cumanya untuk rakaat ketiga dan keempat, anda boleh memilih samada untuk membaca Al Fatihah atau Tasbih al Ar Baah, seperti berikut:
سُبْحَانَ اللهِ وَ الْحَمْدُ ِللهِ وَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ
ulang sekurang-kurangnya 3 kali.
Sekian sahaja, jika ada soalan,komen atau pembetulan, harap boleh diberitahu. Terima kasih
———————
SOAL 336:
Apa hukum orang yang meninggalkan shalat secara sengaja atau meremehkannya?
JAWAB:
Lima shalat fardhu harian merupakan salah satu kewajiban yang sangat penting dalam syari’ah Islam bahkan merupakan tiang agama. Meninggalkan dan meremehkannya haram secara syar’i dan menyebabkan siksa.

SOAL 337:
Apakah wajib shalat atas orang yang tidak menemukan sarana bersuci (air atau tanah untuk wudhu atau tayammum)?
JAWAB:
Berdasarkan ihtiyâth hendaklah tetap melaksanakan shalat pada waktunya dan meng-qadha’nya dengan wudhu atau tayammum di luar waktu.
SOAL 338:
Dalam kondisi-kondisi apakah ‘udul (berpindah niat) dalam shalat wajib menurut Anda?
JAWAB:
Wajib berpindah niat dalam kondisi-kondisi berikut:
1. Dari shalat Ashar ke shalat Dhuhur ketika sadar saat sedang shalat (Ashar) bahwa ia belum melakukan shalat Dhuhur.
2. Dari shalat Isya’ ke Maghrib ketika sadar saat sedang shalat dan sebelum melewati batas udul bahwa ia belum melakukan shalat maghrib.
3. Apabila mempunyai tanggungan 2 shalat qadha’ secara berurutan dan melakukan shalat (yang) kedua karena lupa sebelum melakukan shalat qadha’ yang pertama.
Dimustahabkan ‘udul dalam kondisi sebagai berikut:
1. Dari shalat ada’ kepada shalat qadha’ wajib, jika waktu keutamaan shalat ada’ belum lewat.
2. Dari shalat wajib ke shalat mustahab demi menyusul shalat jamaah.
3. Dari shalat faridhah ke shalat nafilah pada Dhuhur hari Jum’at bagi orang yang lupa membaca surah al-Jumu’ah namun membaca surah lainnya sampai setengah atau lebih. Dalam kondisi demikian dimustahabkan berpindah niat dari shalat faridhah ke shalat nafilah untuk memulai shalat faridhah lagi dengan membaca surah al-Jumu’ah.

SOAL 339:
Apakah pelaku shalat yang ingin menggabungkan shalat Jum’at dan shalat Dhuhur di hari Jum’at berniat qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) saja tanpa niat wujub (melakukan shalat wajib) dalam kedua shalat tersebut, ataukah berniat qurbah dan wujub dalam salah satu dari keduanya, sedangkan pada shalat lainnya cukup berniat qurbah saja, atau berniat qurbah dan wujub dalam kedua-duanya?
JAWAB:
Cukup meniatkan qurbah dalam kedua shalat tersebut dan tidak wajib meniatkan wujub dalam keduanya.

SOAL 340:
Jika darah dari mulut atau hidung terus mengalir sejak awal waktu faridhah hingga menjelang batas akhir waktunya, apa hukum shalat?
JAWAB:
Jika tidak mampu mensucikan badan dan khawatir waktu shalat faridhah berakhir, hendaknya melakukan shalat dalam keadaan begitu.

SOAL 341:
Apakah badan diwajibkan tenang dan tidak bergerak (istiqrâr) sama sekali ketika membaca zikir-zikir mustahab dalam shalat ataukah tidak?
JAWAB:
Perihal kewajiban istiqrâr dan tenang ketika sedang shalat, tidak ada perbedaan antara zikir-zikir yang wajib dan yang mustahab. Kecuali jika pembacaan dzikir dilakukan dengan niat dzikir muthlaq walaupun dibaca dalam keadaan bergerak tidak bermasalah.

SOAL 342:
Sebagian pasien di rumah sakit menggunakan selang saluran kencing dimana kencing akan keluar dari pasien tanpa kehendak dalam keadaan tidur atau sadar, atau ketika sedang melakukan shalat. Kami mohon jawaban atas pertanyaan sebagai berikut: Apakah melakukan shalat keadaan begitu sudah cukup ataukah wajib mengulanginya?
JAWAB:
Jika ia melakukan shalat dalam kondisi begitu sesuai tugas syar’i-nya yang benar, maka sahlah hukumnya, dan tidak wajib meng-qadha’ atau mengulangnya.

———————-
SOAL 343:
Apa dalil yang dijadikan dasar oleh mazhab Syi’ah tentang waktu-waktu shalat faridhah harian? Sebagaimana Anda ketahui bahwa Ahlussunah menganggap masuknya waktu Isya’ sebagai dalil berakhirnya waktu Maghrib dan bahwa shalat Maghrib yang dilakukan pada waktu itu terhitung qadha’, demikian pula waktu shalat Dhuhur dan Ashar. Karena itulah mereka berkeyakinan, bahwa ketika waktu shalat Isya’ telah tiba dan imam melakukan shalat Isya’, ma’mum tidak diperbolehkan melakukan shalat Maghrib bersamanya sehingga kedua shalat tersebut dilakukan dalam satu waktu?
JAWAB:
Dalilnya ialah keumuman (ithlaq) ayat-ayat Al-Qur’an dan Sunnah yang mulia, di samping riwayat-riwayat yang secara khusus menunjukkan bolehnya menggabungkan dua shalat, dan di kalangan Ahlussunnah juga terdapat beberapa riwayat tentang diperbolehkannya dua shalat pada waktu salah satu dari keduanya.

SOAL 344:
Dengan memperhatikan bahwa akhir waktu shalat Ashar adalah Maghrib dan akhir shalat Dhuhur adalah beberapa saat menjelang Maghrib seukuran waktu yang diperlukan untuk shalat Ashar, saya ingin bertanya apakah yang dimaksud dengan Maghrib itu, apakah ia waktu terbenamnya matahari ataukah ketika suara adzan Maghrib dikumandangkan sesuai waktu setempat?
JAWAB:
Akhir waktu shalat Ashar adalah terbenamnya matahari.

SOAL 345:
Berapa menit jarak waktu antara terbenamnya matahari dan adzan Maghrib?
JAWAB:
Nampaknya hal itu berbeda sesuai dengan musim-musim dalam setahun.

SOAL 346:
Saya terlambat dalam bekerja sehingga pulang kerumah pada jam 11 malam dan tidak ada waktu melakukan shalat Maghrib dan Isya’ saat bekerja karena banyaknya klien. Apakah sah shalat maghrib setelah jam 11 malam?
JAWAB:
Boleh selama tidak menyebabkan penundaan sampai tengah malam. Namun berusahalah untuk tidak melakukannya setelah jam 11 malam bahkan melakukannya pada awal waktu.

SOAL 347:
Seukuran apakah dari shalat yang apabila dilakukan pada waktu ada’, maka niat ada’-nya sah? Apa hukumnya jika ragu bahwa ukuran itu dilakukan dalam waktu shalat ataukah di luarnya?
JAWAB:
Cukup terlaksana satu rakaat pada akhir waktu untuk dianggap sebagai shalat ada’. Jika Anda ragu apakah waktu yang tersisa itu cukup untuk sedikitnya satu rakaat ataukah tidak, maka Anda wajib melakukan shalat dengan tujuan malaksanakan tanggungan (dzimmah) dan tidak berniat melakukan ada’ atau qadha’.

SOAL 348:
Kedutaan-kedutaan dan konsulat-konsulat Republik Islam di negara-negara non Islam telah menyediakan jadwal waktu untuk menentukan waktu-waktu syar’i di ibu kota- ibu kota dan kota-kota besar. Pertanyaan pertama ialah, sampai batas apakah bisa mengandalkan jadwal-jadwal tersebut. Kedua, apa yang wajib dilakukan di kota-kota lain di negara-negara non Islam tersebut?
JAWAB:
Yang menjadi tolok ukur ialah kemantapan mukallaf. Jika ia tidak mempercayai bahwa jadwal-jadwal tersebut sesuai dan benar, maka ia wajib ber-ihtiyâth (bertindak berdasarkan kehati-hatian) dan menanti sampai yakin datangnya waktu syar’i.

SOAL 349:
Apa pendapat Anda tentang fajar shadiq dan fajar kadzib, apa taklif pelaku shalat dalam masalah ini?
JAWAB:
Standard syar’i tentang waktu shalat dan puasa adalah fajar shadiq. Penentuannya dikembalikan kepada penilaian mukallaf.

SOAL 350:
Di sebuah SMA full-time, para pengurus melaksanakan shalat Dhuhur dan Ashar secara berjamaah pada jam 2 siang, dan sebelum dimulainya pelajaran sore. Yang menyebabkan keterlambatan ialah bahwa pelajaran-pelajaran pada sesi pagi selesai sebelum waktu syar’i Dhuhur sekitar tiga per empat jam dan mempertahankan murid-murid sampai waktu Dhuhur syar’i sangatlah sulit. Dengan memperhatikan pentingnya shalat pada awal waktu, kami mohon pendapat Anda?
JAWAB:
Tidak ada larangan menunda shalat jamaah agar para mushalli (pelaku shalat) berkumpul, jika mereka tidak hadir pada awal waktu di sekolah.

SOAL 351:
Apakah wajib melakukan shalat dhuhur setelah adzan Dhuhur, dan melakukan shalat ashar setelah tiba waktunya, demikian juga shalat Maghrib dan Isya’?
JAWAB:
Ketika waktunya telah tiba, mukallaf boleh memilih antara menggabungkan atau memisahkan keduanya.

SOAL 352:
Apakah wajib menunggu pada malam-malam terang bulan untuk shalat subuh selama 15-20 menit, padahal jam saat ini tersedia dalam jumlah yang cukup dan bisa mendapatkan kepastian tentang terbitnya fajar?
JAWAB:
Tidak ada perbedaan antara malam-malam terang bulan dan malam-malam lainnya berkenaan dengan terbitnya fajar dan berkenaan dengan waktu fardhu subuh juga waktu wajib imsak untuk puasa, meskipun ihtiyâth dalam masalah ini tetap baik.

SOAL 353:
Apakah ukuran selisih waktu-waktu syar’i antara beberapa daerah dan yang dikarenakan perbedaan ufuk adalah sama dalam tiga waktu shalat harian? misalnya, perbedaan waktu dhuhur antara dua daerah ialah 25 menit, maka apakah hal ini juga berlaku pada waktu-waktu lainnya dan dengan ukuran yang sama, ataukah ia berubah pada waktu subuh dan Isya’?
JAWAB:
Hanya karena sama dalam ukuran selisih antara keduanya mengenai terbitnya fajar atau tergelincirnya matahari atau terbenamnya matahari tidak meniscayakan kesamaan pada waktu-waktu lainnya. Ukuran selisih antara bebagai kota biasanya justru tidak sama dalam tiga waktu shalat.

SOAL 354:
Ahlussunah melakukan shalat Maghrib sebelum Maghrib syar’i (waktu syar’i matahari terbenam). Apakah kami boleh pada hari-hari haji dan hari-hari lainnya berjama’ah dengan mereka dan cukup shalat dalam waktu tersebut?
JAWAB:
Belum diketahui secara pasti apakah mereka shalat sebelum masuk waktunya. Bergabung dalam jamaah dan bermakmum dengan mereka tidak ada masalah dan cukup, namun harus melakukan shalat pada waktunya kecuali jika dalam masalah waktu tersebut juga ber-taqiyyah
.
SOAL 355:
Matahari di Denmark dan Norwegia terbit pada jam 7 pagi terus bersinar hingga waktu Ashar sementara di negara terdekat lainnya pada waktu yang sama menunjukkan jam 12 malam. Apa taklif saya berkenaan dengan shalat dan puasa?
JAWAB:
Wajib mengikuti ufuk tempat tersebut berkenaan dengan waktu-waktu shalat harian, dan jika melakukan puasa menimbulkan kesulitan karena siangnya yang sangat panjang maka gugurlah puasa ada’ dan ia wajib meng-qadha-’nya.

SOAL 356:
Sampainya cahaya matahari ke bumi memerlukan waktu kira-kira 7 menit. Apakah tolok ukur berakhirnya waktu shalat subuh adalah terbitnya matahari ataukah ketika cahayanya telah sampai ke bumi?
JAWAB:
Tolok ukurnya ialah terbit dan terlihatnya matahari di ufuk tempat pelaku shalat.

SOAL 357:
Media masa mengumumkan waktu-waktu syar’i setiap hari pada hari sebelumnya. Apakah boleh berpegangan pada pengumuman tersebut dan menganggap bahwa waktu telah masuk setelah adzan dikumandangkan lewat radio dan televisi?
JAWAB:
Tolok ukurnya ialah kemantapan mukallaf tentang masuknya waktu.


SOAL 358:
Apakah waktu shalat bermula apabila adzan dimulai ataukah wajib menunggu sampai adzan tersebut berakhir baru memulai shalat? Apakah orang yang berpuasa boleh ifthar begitu adzan dimulai ataukah wajib menunggu sampai berakhir?
JAWAB:
Jika telah mantap bahwa adzan tersebut dimulai sejak masuknya waktu maka tidak wajib menunggu sampai berakhir.

SOAL 359:
Apakah sah shalat orang yang mendahulukan yang kedua atas yang pertama, seperti mendahulukan Isya’ sebelum Maghrib?
JAWAB:
Jika mendahulukannya karena keliru atau lupa sampai selesai shalat maka tidak ada masalah bahwa shalatnya sah. Jika melakukannya dengan sengaja maka shalatnya batal.

SOAL 360:
Dengan menghaturkan salam hormat dengan menyongsong datangnya bulan Ramadhan dan dengan memperhatikan perluasan beberapa desa serta sulitnya memastikan dengan tepat terbitnya fajar (masuknya watu Subuh), maka kami mengharap YM menerangkan kapan kita harus mulai berpuasa (imsak) dan melakukan shalat Subuh?
JAWAB:
Seyogyanya para Mukminin -semoga mereka mendapatkan perlindungan dari Allah SWT- memperhatikan ihtiyâth berkenaan dengan imsak puasa dan waktu shalat subuh, dengan melakukan imsak pada saat dimulainya adzan subuh dari media (radio) dan hendaknya melakukan shalat setelah berlalu 5 sampai 6 menit dari adzan.

SOAL 361:
Waktu shalat Ashar sampai adzan Maghrib atau sampai terbenam matahari? Pertengahan malam secara syar’i untuk (akhir) waktu Isya’ dan (kewajiban) baytutah (bermalam) di Mina jam berapa?
JAWAB:
Akhir waktu shalat Ashar adalah terbenamnya matahari. Berdasarkan ihtiyâth untuk shalat Maghrib dan Isya’ dan sejenisnya hendaknya malam itu dihitung dari awal terbenam matahari sampai adzan Subuh, oleh karena itu waktu akhir Maghrib dan Isya’ kira-kira setelah berlalu 11 jam setengah dari adzan Dhuhur, namun untuk baytutah di Mina harus dihitung dari tenggelam matahari sampai terbit matahari.

SOAL 362:
Jika seseorang pada saat melakukan shalat ashar ingat bahwa belum melakukan shalat Dhuhur, apa yang harus dilakukan?
 

JAWAB:
Jika ia melakukan shalat Ashar karena menduga telah melakukan shalat Dhuhur sebelumnya, dan dia lakukan shalat Ashar tersebut pada waktu musytarak antara Dhuhur dan Ashar, maka dia harus langsung merubah niat Ashar menjadi Dhuhur, kemudian setelah salam dia melakukan shalat Ashar. Jika hal itu terjadi pada waktu khusus Dhuhur, maka berdasarkan ihtiyâth dia wajib merubah niatnya menjadi shalat Dhuhur, kemudian setelah selesai dia bangun lagi untuk melakukan shalat Dhuhur kemudian Ashar. Hal itu juga berlaku pada Maghrib dan Isya’

No comments:

Post a Comment