Tuesday, October 18, 2011

Wasiat Luqman al-Hakim Kepada Anak Lelaki-nya


                                               

                                                           

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim


       Daripada al-Auza‘i bahawa Luqman al-Hakim-rahima-hu l-Lahu-apabila  keluar daripada negerinya, beliau tinggal di sebuah kampung di al-Mausil dikenali sebagai Kumlis. Beliau berkata: Manakala beliau telah berada di dalam kesusahan dan dukacita, dan tiada seorang pun yang membantunya di atas urusannya, beliau menutup pintu, dan memasukkan anak lelakinya memberi nasihat kepadanya, maka beliau berkata:
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya dunia adalah lautan yang dalam, telah binasa padanya manusia yang ramai.Bersedialah daripada amalannya, dan ambillah bahtera, pakaiannya takwa kepada Allah, kemudian naikilah gelombang bahtera, anda akan selamat dan sesungguhnya aku khuatir anda tidak akan selamat.
       Wahai anak lelakiku, bahtera adalah iman, layarnya adalah tawakal. Penghuninya adalah kesabaran, pengayuhnya adalah puasa, solat, dan zakat.
       Wahai anak lelakiku, sesiapa yang menaiki laut tanpa bahtera, maka beliau akan tenggelam.
       Kurangkan bercakap, ingatlah kepada Allah a.w pada setiap tempat, kerana Dia telah memberi amaran, dan peringatan  kepada anda, membuat anda melihat dan mengajar anda.
       Wahai anak lelakiku, ambillah nasihat orang ramai sebelum mereka mengambil nasihat anda.
       Wahai anak lelakiku, ambillah nasihat dengan yang kecil sebelum yang besar mengambil nasihat anda.
       Wahai anak lelakiku, kuasailah diri anda ketika marah sehingga anda tidak menjadikan Jahanam sebagai kayu api.
       Wahai anak lelakiku, kefakiran itu adalah lebih  baik daripada anda melakukan kezaliman.
       Wahai anak lelakiku, jauhilah anda dari meminta berhutang, maka anda akan mengkhianati agama.
       Wahai anak lelakiku, jauhilah dari meminta dihina, maka anda akan dihina.
       Wahai anak lelakiku, jauhilah anda keluar dari dunia sebagai seorang fakir, anda meninggalkan urusan anda, dan harta anda di sisi orang lain untuk menilainya, kerana  anda menjadikannya sebagai tuannya (amir ).            
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya Allah telah menggadaikan manusia dengan amalan mereka, maka neraka wail untuk mereka lantaran apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka dan hati-hati mereka.
       Wahai anak lelakiku, dunia tidak menjadi aman  selama  dosa-dosa dan syaitan berada padanya.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya mereka yang baik di kalangan mereka yang terdahulu telah diuji, maka bagaimana mereka yang terakhir akan selamat daripadanya?
       Wahai anak lelakiku, jadikan dunia penjara anda, maka akhirat akan menjadi syurga anda.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda tidak dibebankan untuk mengangkat gunung, anda tidak dibebankan apa yang anda tidak mampu, janganlah anda membawa bala di atas bahu anda, dan janganlah anda membunuh diri anda dengan tangan anda.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda sebagaimana anda menanam anda akan mengetam, dan sebagaimana anda beramal anda akan dapat sesuatu.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda berjiran dengan raja-raja, maka mereka akan membunuh anda, dan janganlah anda mentaati mereka, maka anda akan menjadi kafir.
       Wahai anak lelakiku, berjiranlah dengan mereka miskin, khususnya mereka fakir di kalangan muslimin.
       Wahai anak lelakiku, jadilah kepada anak yatim sebagai bapa  yang penuh kasihan belas, dan bagi ibu tunggal sebagai suami yang penyayang.
       Wahai anak lelakiku, bukan setiap orang yang berkata: Wahai Tuhanku, ampunilah aku diampuni, sesungguhnya Dia tidak akan mengampuni melainkan orang yang beramal kerana mentaati Tuhannya.
       Wahai anak lelakiku, jiran dahulu kemudian rumah. Wahai anak lelakiku, teman sebelum berjalan.
       Wahai anak lelakiku, sekiranya rumah tidak didirikan dengan gopoh, nescaya seorang lelaki itu tidak akan berjiran dengan jiran yang jahat.
       Wahai anak lelakiku, berseorangan  itu lebih baik daripada sahabat yang jahat.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya sahabat yang baik itu adalah lebih baik dari berseorangan.
       Wahai anak lelakiku, memindahkan batu dan besi itu adalah lebih baik daripada sahabat yang jahat.
       Wahai anak lelakiku, aku telah memindahkan batu dan besi, maka aku tidak dapati sesuatu yang lebih berat daripada sahabat yang jahat.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang yang bersahabat dengan sahabat yang jahat tidak akan selamat. Dan sesiapa yang memasuki tempat-tempat jahat akan dituduh.
       Wahai anak lelakiku, sesiapa yang tidak menahan lidahnya akan menyesal.
       Wahai anak lelakiku, orang yang membuat baik akan dibalas dengan ihsannya, dan orang yang jahat akan mencukupi anda dengan keaibannya, jika anda berusaha keras untuk melakukan lebih banyak daripada apa yang dilakukannya dengan dirinya, maka anda tidak mampu melakukannya ke atasnya.
       Wahai anak lelakiku, siapakah yang menyembah Allah, maka Dia menghinanya, dan siapakah yang mencari-Nya, maka beliau tidak mendapati-Nya?
       Wahai anak lelakiku, siapakah yang telah menyebut-Nya, maka Dia tidak menyebutnya, dan siapakah yang telah bertawakal kepada Allah, maka Dia telah menyerahkannya kepada orang lain, dan siapakah yang telah merendah diri kepada-Nya, maka Dia tidak memberi rahmat-Nya?
       Wahai anak lelakiku, bermesyuaratlah dengan orang tua, dan janganlah pula terasa malu bermesyuarat dengan orang muda.
       Wahai anak lelakiku, jauhilah bersahabat dengan mereka yang fasiq, mereka sepertilah anjing-anjing, kerana jika mereka mendapati sesuatu di sisi anda, mereka akan memakannya jika tidak mereka akan mencela anda dan menghina anda. Sesungguhnya cinta di kalangan mereka adalah sejenak.
       Wahai anak lelakiku, bermusuhan dengan mukminin itu adalah lebih baik daripada bersahabat dengan orang yang fasiq.
       Wahai anak lelakiku, jika anda menzalimi mukmin, maka beliau tidak akan menzalimi anda, anda menuntut ke atasnya, maka beliau meredai anda, sementara orang fasiq Allah tidak menjaganya, maka bagaimana beliau akan menjaga anda.
       Wahai anak lelakiku, jika banyak berkawan,  maka anda tidak aman daripada musuh, kerana dengki di dada mereka seperti air di bawah abu.
       Wahai anak lelakiku, mulailah salam kepada orang ramai, dan berjabat tangan sebelum bercakap.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda berebut-rebut dengan orang ramai, maka mereka akan memarahi anda, janganlah anda menguasai mereka, nescaya mereka akan menghina anda. Jangan jadi manis, maka mereka akan memakan anda dan janganlah jadi pahit, nescaya mereka akan membuang anda.
       Wahai anak lelakiku, takutkan Allah sehingga anda tidak berputus asa daripada nikmat-Nya dan berharaplah kepada-Nya sehingga anda tidak aman daripada “helah-Nya.”
       Wahai anak lelakiku, tegahlah diri anda daripada hawa nafsu, kerana jika anda tidak menegah nafsu anda daripada hawanya, anda tidak akan memasuki syurga.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya semenjak anda turun daripada perut ibu anda, anda telah berdepan dengan akhirat dan membelakangi dunia, kerana anda jika anda mendapati masa depannya adalah lebih baik dari membelakanginya.
       Wahai anak lelakiku, tinggallah tabiat suka memaksa dan sombong, serta kemegahan diri, maka anda akan berjiran dengan Iblis di rumahnya.
       Wahai anak lelakiku, ketahuilah sesungguhnya sesiapa yang berjiran dengan Iblis, akan terjatuh di rumah kehinaan, beliau tidak mati dan hidup padanya.
       Wahai anak lelakiku, celakalah bagi orang bersifat ingin berkuasa, dan sombong, bagaimana seorang yang dijadikan daripada tanah membesar diri dan kepada tanah beliau kembali, kemudian beliau tidak mengetahui kepada syurga beliau masuk, maka beliau mendapat kemenangan atau kepada neraka beliau masuk, maka beliau telah rugi besar. Bagaimana merasa sombong orang yang datang dari lubang kencing dua kali.
       Wahai anak lelakiku, bagaimana anak Adam tidur sedangkan mati menuntutnya, bagaimana beliau lupa sedangkan beliau tidak dilupai.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang pilihan Allah, kekasih-Nya, dan para nabi-Nya a.s telah mati dan orang yang jauh daripada mereka di kekalkan,, kemudian ditinggalkan.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda bersetubuh dengan hamba perempuan anda sekalipun ia menakjubkan anda, tegahlah nafsu anda daripadanya dan bernikahlah dengannya.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda mendedahkan rahsia anda kepada isteri anda dan janganlah anda jadikan majlis anda di pintu rumah anda.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya perempuan dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkuk. Jika anda membetulkannya, nescaya ia akan pecah dan jika anda tinggalkannya, maka ia akan terus bengkuk. Lantaran itu, biarlah mereka tinggal di rumah. Jika mereka melakukan kebaikan, maka terimalah kebaikan mereka. Dan jika mereka melakukan kejahatan, maka bersabarlah kerana itu adalah suatu yang perlu kepada kecekalan.
       Wahai anak lelakiku, perempuan ada empat jenis:  Dua baik dan dua dilaknati. Adapun salah satu daripada yang baik itu adalah yang mulia pada kaumnya, tetapi hina pada dirinya; apabila diberi, beliau berterima kasih, dan jika diuji, maka ia bersabar, sedikit di tangannya adalah banyak, dan baik di dalam rumahnya. Kedua: Yang penyayang, dan beranak (al-Wadud al-walud), ia merujukkan kebaikan kepada suaminya. Beliau adalah seperti ibu yang penyayang, mengasihi yang besar mereka, dan penyayang kepada yang kecil mereka, mencintai anak  suaminya sekalipun mereka bukan daripadanya, kebaikan yang menyeluruh, meredai suaminya, baik pada dirinya, keluarga , harta dan anak. Beliau adalah  seperti emas merah, maka beruntunglah bagi orang yang dikurniakannya.
       Jika beliau berada bersama suaminya, beliau membantunya, dan jika suaminya tidak ada, beliau menjaganya. Adapun salah satu daripada yang dilaknati adalah yang merasa besar pada dirinya, hina pada kaumnya; apabila diberi, beliau memarahi, dan apabila ditegah, maka beliau mencaci, dan memarahi. Suaminya tidak senang dengannya sedangkan jirannya senang dengannya, maka beliau adalah seperti singa, jika anda berjiran dengannya, maka beliau akan memakan anda, dan jika anda melarikan diri daripadanya, maka beliau akan membunuh anda, dan yang kedua dilaknati adalah apabila beliau berada di sisi suaminya, beliau cenderung kepada jirannya, cepat marah, dan cepat menangis, jika berada bersama suaminya, maka beliau tidak dapat manfaatkannya. Dan jika suaminya tidak ada di rumah, maka beliau mengejinya, beliau adalah seperti tanah yang kering apabila dicucuri air, ia akan melimpah dan tenggelam, dan jika ia ditinggalkan, maka ia akan kering kembali, dan jika beliau mendapat anak, maka beliau tidak akan manfaatkannya.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda berkahwin dengan hamba perempuan anda, nanti anak anda dijual di hadapan anda sedangkan ia adalah perbuatan anda sendiri.
       Wahai anak lelakiku, sekiranya perempuan dirasai seperti arak, nescaya lelaki tidak akan mengahwini perempuan jahat selama-lamanya.
       Wahai anak lelaki ku, berbuat baik kepada orang yang telah berbuat jahat  kepada anda, dan janganlah anda mengejar dunia, kerana anda di dalam kelalaian kepadanya, sebaliknya  lihatlah ke mana anda akan pergi.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda memakan harta anak yatim, pada hari Kiamat anda akan didedahkan keburukan anda dan dibebankan supaya mengembalikannya kepadanya.
       Wahai anak lelakiku, jika seorang dapat mengelakkan dirinya daripada orang lain, nescaya anak dapat mengelakkan dirinya daripada bapanya.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya neraka meliputi alam sejagat, lantaran itu, seorang itu tidak dapat melepaskan dirinya  daripadanya melainkan orang yang dirahmati Allah dan hampir dirinya kepada-Nya.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda terpedaya dengan lidah yang jahat, kerana ia tertulis di hatinya di mana anggota badanya akan bercakap dan menjadi saksi terhadapnya.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda mencaci orang ramai, justeru itu anda akan mencaci kedua ibu bapa anda.
       Wahai anak lelakiku, janganlah kebaikan anda menakjubkan anda, dan janganlah anda membesar-besarkan perbuatan baik anda, nescaya anda binasa.
       Wahai anak lelakiku, dirilah solat, perintahlah keluarga anda melakukan kebaikan, melarang kemungkaran dan bersabarlah di atas apa yang telah menimpa anda, kerana itu adalah daripada perkara yang perlu kepada kecekalan.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda melakukan syirik kepada Allah, kerana syirik adalah kezaliman yang besar.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda berjalan di bumi dengan angkuh, kerana anda tidak dapat mencarikan bumi dan tidak dapat mengatasi bukit yang panjang.
       Wahai anak lelakiku, setiap hari anda akan didatangi hari baru. Ia akan menyaksikan anda di sisi Tuhan Yang Mulia.
       Wahai anak lelakiku, anda akan dimasukkan ke dalam kapan anda, di kubur anda dan amalan anda akan menjadi penentu anda.
       Wahai anak lelakiku, bagaimana anda menduduki rumah orang yang anda memarahinya? Atau bagaimana anda berjiran dengan orang yang anda menderhakanya?
       Wahai anak lelakiku, tinggalkan apa yang tiada kaitan dengan anda, dan teruskan apa yang ada kaitan dengan anda, kerana yang sedikit daripadanya akan mencukupi anda. Sementara yang banyak daripadanya tiada kaitan dengan anda.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda  benarkan diri anda dipengaruhi oleh orang lain dan janganlah anda mewariskan harta anda kepada musuh anda.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya halal yang sedikit dikira, bagaimana dengan haram yang banyak?
       Wahai anak lelakiku, elakkan melihat kepada apa yang anda tidak memilikinya, dan panjangkan tafakur anda pada malakut langit dan malakut bumi, gunung, dan segala ciptaan Allah, maka ia adalah cukup untuk menjadi penasihat hati anda.
       Wahai anak lelaki ku, terimalah nasihat bapa yang penuh kasih sayang.
       Wahai anak lelakiku, beramallah dengan ilmu anda sebelum datang ajal anda, sebelum bukit dipaksa berjalan dan dihimpunkan matahari dan bulan.
       Wahai anak lelaki, sesungguhnya hari Kiamat adalah hari langit dan bumi dilipat, malaikat turun bersaf-saf takut kepada Tuhan, sementara anda dibebankan supaya melintasi titian, amalan anda menjadi penentu, dan diletakkan di atas timbangan dan disebarkan keputusannya.
       Wahai anak lelaki, anda telah mempelajari tujuh ribu ilmu hikmat, maka jagalah empat daripadanya, nescaya anda akan bersama aku di syurga:
       Kuasailah bahtera anda, kerana lautan adalah dalam, ringankan muatan anda, kerana rintangan adalah banyak, gandalah  bekalan, kerana perjalanan  adalah jauh, dan ikhlaslah di dalam amalan anda, kerana  pengkritik sedang memerhatikan anda

No comments:

Post a Comment