Wednesday, March 28, 2012

Mohon penyembuhan dengan nama-nama Allah al-Husna dari buku Khazanah al-Asraar oleh Hujjatul Islam Syed M. Taqi al-Muqaddam


Bismillahi r-Ramanir Rahim. Allahumma salli 'ala Muhammad wa aali Muhammad wa 'ajjil faraja-hum:

1. Untuk panjang umur, bacalah ya qadiim sebanyak 159 kali sehari.
2.Untuk kesihatan jantung dan anggota dalaman, bacalah ya hayyun ya qayyuum sebanyak 166 kali sehari.
3.Untuk aman dari jin dan manusia serta perkara yang tidak diingini, bacalah ya mu'min sebanyak 136 kali sehari.
4.Untuk kesejahteraan dan keselamatan umum, bacalah ya salaam sebanyak 111 kali sehari.
5. Untuk kesucian batin dan mengetahui rahsia yang tersembunyi, bacalah ya nuur sebanyak 256 kali sehari.
6. Untuk kasih sayang, bacalah ya waduud sebanyak 20 kali sehari.
7.Untuk melembutkan hati, bacalah ya syafiiq sebanyak 490 kali sehari.
8. Untuk mendapatkan sesuatu hajat, bacalah ya samad sebanyak 134 kali sehari.
9. untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang pelik, bacalah ya 'aziiz sebanyak 94 kali selama 40 sehari.
10.Untuk menghilangkan waswas, bacalah ya ghafuur sebanyak 1246 kali.
11. Untuk mengetahui gerakan hati seseorang, bacalah ya muhaiminu 145 kali selama 40 hari.
12. Untuk mendapatkan pertolongan orang dan kasih sayang mereka, bacalah ya maulaa selepas solat sebanyak 86 kali sehari.
13. Untuk memulai amalan yang baik, bacalah ya mubdi'u sebanyak 56 kali kemudian memulakan kerjanya.Atau utk mendapatkan zuriat.
14.Untuk keselamatan jasad selepas kematian (tidak reput), bacalah ya muhyi sebanyak 69 kali selama 40 hari .
15. Untuk mengalahkan musuh, bacalah ya naasir sebanyak 341 kali.
16. Untuk penyembuhan penyakat secara umum, bacalah ya syaafii sebanyak 391 kali sehari.
17. Untuk menolak bala dan kejahatan musuh, bacalah ya maani' sebanyak 161 kali.

Dari buku Khazanah al-Asraar (perbendaharaan rahsia) karangan Hujjatul Islam Syed Muhammad Taqi al-Muqaddam, Qom, 1431 H).Ilahi aamiin, wassalam.

No comments:

Post a Comment